Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Monday, October 31, 2011

Happy Birthday Nur Aliyah Maisarah, 6 Tahun

Kek angry bird ni order drp Kak Kirah, kwn sekilang. Kali ni kak kirah order angry bird utk anak dara dia pulak.


TQ Kak Kirah sbb dah byk kali order dgn kami.

TQVM to all....



Happy Birthday Adib Uzair 6 Tahun, Damya Zahra 3 Tahun

Kek ni order sama hari dgn kek Kak Kirah order untuk anak dara dia. Jugak drp kwn sekilang.
Tp x tau di mana silapnya, kek ni terbelah 2, mungkin waktu transportation. Terpaklah alter.

Pic sblm kejadian yg menyayat hati....penat ibu lukih...



Terlupa nk snap pic macamana ghupa kek yg terbelah tu. Bawah ni kek yg dia siap dimake over...maaf la... tools sgt terhad sbb bukan kat umah.

TQVM to all....

Sunday, October 30, 2011

Pavlova ibu x jadi

Bukan suma benda yg ibu buat akan jd on the first time. Ni Pavlova yg Nat request nk makan, tp x jd...mungkin sbb dlm ibu x tau...tuan yg nk makan dh masuk bilik bersalin.

rupa dia dah berlubang2 sbb ibu cubit mkn...sedap...rangup cuma tgh dia teluq putih x msk....sikit ja...huhuh
Insya-Allah, xdak aral...ibu akan cuba lg dlm jangka masa yg terdekat ni.

Resepi dr sini ya...

Ibu kopipes ja...

pic ni tuan punya resepi yg punya. boh kat sini utk jd sumber inspirasi
Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

TQVM to all....

Friday, October 28, 2011

Happy Birthday Annur Raudah 5 tahun

I am so excited to make this cake? Sbbnya...asik dok buat kek angry bird ja...nk mencari cabaran buat kek jenis lain pulak.

Lepas buat kek ni ibu syok sendiri...perasan comel...hahaha

Order drp exskulmate...Yan...deliver to Tikam Batu sblm pi Bujang buat set meja mkn pengantin.
Kek butter walnut coklat cips...insya-Allah sedap....nyum nyum nyum


TQVM to all....

Thursday, October 27, 2011

Happy 1st Birthday Viloshini

Kek angry bird kali ni order dr Yaamini lagi untuk her second baby. Yaamini mai pick up di CLS.



TQVM to all....

Wednesday, October 26, 2011

I'm so sorry...Ikhlas OK

This is my online customer. So simple, everything thru fon and sms. So sweet this couple, comel pun ada perangai dua2 tu. Anyway, thanks to Anis dan Izwan ya.


TQVM to all....

Selamat Pengantin Baru Mira&Helmi

Wedding adik xskulmate, sabtu lps di Taman semarak SP. Thanks to Tim. lama x jumpak, Tim masih mcm dulu

TQVM to all....

Tuesday, October 25, 2011

Cupcake Angry Bird

Laku sungguh burung ni la ni...minggu saja dah berapa ekoq ibu buat angry birds ni....nk try kartun lain lak... hehehe

Actually angry bird ni kawan lama ibu yg order. Thanks to you Yus. 18 thn x jumpak. Alhamdulillah, business baking temukan kita balik. ^_^

Yus order kapkek ni utk anak sulung dia, sbb dah abes exam...hehehe


TQVM to all....

Monday, October 24, 2011

For my little sweetheart

Menunaikan permintaan anak yg tak bole tahan tgk ibu asik buat kek angry bird kat org ja. Next order dr hero kicik, kek BEN10 lak. Insya-Allah sayang ibu.

TQVM to all....

Sunday, October 23, 2011

Hepi Beday Pijut

Kapkek angry bird ni ibu deliver to Sg Lalang, selasa malam....terkorban Cinta Elysa...heheheh

Thanks to Ana, so sweet...hehehe...kesian penerima, merah muka dgn surprise ni.... ^_^

TQVM to all....

Angry bird untuk Adriana

Menunaikan hajat anak kecil yg lahir awai 2 minggu ja dr anak.

TQVM to all....

Saturday, October 22, 2011

Minggu Blueberry Cheesetart

Minggu ni boleh dikatakan minggu kapkek angry bird dgn minggu cistat.

Sepanjang minggu ni order cistat from, 1 set = 10 bijik

Kak nonnie - 1 set (Isnin)
Ct - 1 set (Isnin), 4 set (Jumaat)
Kak Ros - 1 set (Isnin)
Hidayah - 1 set (Isnin)
Wani - 26 biji (Rabu)
Masila - 1 set
Kak Mazlina - 3 set (Rabu)
Afzan - 1 set (Jumaat)




TQVM to all....

Thursday, October 20, 2011

Happy Birthday Farisha Najla

Kek ni jugak order drp Murni, Murni celebrate besday anak dia together2 kat kg dgn Ikram Naufal punya n3 sblm ni.

Thn lepas Murni order kek princess/barbie utk Sha...tp sebab thn ni Murni order very last minit...kena pakai edible ja. Tu pun nasib baik kak Anna sempat. TQVM tau kak Anna sbb slalu support H2H.


saja deko ala2 sweet...tmn2 mcm tu sbb DIBO kan dok COZY land... hehehe
 TQVM to all....

Happy 1st Birthday Ikram Naufal

Order from Murni untuk anak menakannya....kek dlmnya kek marble bluberi.


TQVM to all....

Wednesday, October 19, 2011

Macaroon oh Macaroon



Ibu menunaikan hajat best ibu yg tgh pregnant nk makan macaron. Ni first taim buat...mmg agak nerves nk buat sbb rata2 feedback baca dlm tenet...susah nk buat menatang halah ni...


Mungkin sbb niat kita baik...Allah mempermudahkan urusan....Alhamdulillah. Thanks to tuan punya blog yg buat step by step...1 step pun ibu x derhaka....heheheh






Sebaiknya...pi la tgk kat tuan punya step by step...kak min, kat sini...ibu kopipes ja



MACAROON

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.
from http://fromintankitchen.blogspot.com  

Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..
from http://fromintankitchen.blogspot.com

Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
from http://fromintankitchen.blogspot.com







Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
from http://fromintankitchen.blogspot.com

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


from http://fromintankitchen.blogspot.com

Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

from http://fromintankitchen.blogspot.com

Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!



TQVM to all....



Tuesday, October 18, 2011

Selamat Bertunang Iza&Nizam

Kek coklat moist untuk hantaran angah, mak sedara ibu. Tema pilihan, pink. So ibu just nk buat something simple but sweet la kekononnya...hehehehe...


TQVM to all....

Saturday, October 15, 2011

Bluberi Cistat

Bluberi cistat ni order drp kawan2 opis. Satu set 10 bijik. 4 set utk kak Nonnie, Kak Lina, Wanie dan Kak Yana.
TQVM to all....

Friday, October 14, 2011

Happy 3rd Birthday Siraniya

Order from ex-colleague, Yaamini untuk her daughter. Its about 5 years after she left CLS. Thanks, dear.
Yaamini nk egless or vege cake.

TQVM to all....

Thursday, October 13, 2011

Hadiah untuk si dia

Hari ni excited nk apdet picas....hahahaha

Kali ni Putri order cistat, fruit tat dan choc oreo.


TQVM to all....

Wednesday, October 12, 2011

Apam Dot Dot pelbagai Filling

Apam dot2 pelbagai filling...special made for Kak Yana dan Wani.

Filling stroberi, kiwi, oren dan pinat bater.


TQVM to all....

Google+ Followers

Followers