Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

Rujukan resipi alam maya

Kali ni bukan nk share resepi ataupun latest projek ibu, tp nk share tentang website yg membawa ibu ke status sekarang. Original post dlm kosmo di sini ya. Ibu ada jugaklah kongsikan a few resepi dalam My Resipi ni.




KELAZATAN sesuatu juadah bukan sahaja terletak pada aromanya yang menusuk deria hidu. Ia juga disumbangkan oleh teknik penyediaan, pemilihan bahan dan ramuan serta cara persembahannya di atas pinggan.

Sajian yang menyelerakan itu tentu memberi kesan dalam kalangan para penggemar kulinari dan juga mereka yang berani mencuba apa saja jenis makanan. 

Segalanya mungkin mudah bagi yang sudah biasa di dapur dan mempunyai kemahiran memasak yang diwarisi sejak kecil. Namun, bagi yang baru hendak belajar atau ingin mengetahui tentang resipi tertentu, mereka pasti akan merujuk kepada buku-buku resipi atau laman web. 

Antara banyak muka surat maya mengenai resipi yang dekat di hati peminat negara ini adalah laman web MyResipi.com. 

Kaya dengan senarai resipi tempatan dan antarabangsa, pembangunan laman web itu adalah hasil kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Ia merangkumi pelbagai resipi mudah dan menarik yang kebanyakannya dikongsi oleh golongan suri rumah.

Pengasas MyResipi.com, Dr. Bakhtiar Affendi Rosdi, 36, berkata, dia telah membangunkan laman web berkenaan pada tahun 2006 untuk isterinya ketika melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Tokyo, Jepun beberapa tahun lalu.

“Idea untuk membangunkan laman web ini lahir apabila isteri yang mengikuti saya ke Jepun gemar mencari resipi-resipi menarik di alam maya.

“Bagaimanapun, saya mendapati tidak banyak laman web resipi di Internet memberi ruang kepada pengguna mengutarakan pendapat atau komen apabila mencuba resipi-resipi itu,” katanya.
Justeru, Bakhtiar telah membangunkan laman web resipi yang memberi peluang kepada pengguna mengutarakan pendapat dan memuat turun gambar hasil resipi mereka.

Pada mulanya, hanya isteri Bakhtiar yang aktif menggunakan laman web tersebut tetapi lama-kelamaan ia mendapat sambutan daripada orang ramai terutamanya golongan suri rumah di perantauan.

“Apabila pulang ke tanah air pada tahun 2007, MyResipi.com semakin dikenali dan mempunyai ribuan pengikut.

“Disebabkan saya terlalu sibuk dengan tugasan harian dan kos yang semakin meningkat tinggi, saya bercadang untuk menutup MyResipi.com pada tahun 2009,” ujarnya.
Ramai pengikut


LAMAN web MyResipi.com mempunyai kira-kira 60,000 orang ahli berdaftar dan menerima kunjungan pengguna Internet dari dalam dan luar negara.


Bagaimanapun, katanya, seorang rakan yang dikenali melalui Internet telah menyarankan agar laman web tersebut diteruskan kerana mempunyai pengikut begitu ramai ketika itu.

Bakhtiar menambah, dia telah membuat keputusan menyerahkan pengendalian laman web berkenaan kepada rakannya, Md. Hisamudin Ahmad, 32, demi pengikut setia MyResipi.com.

Md. Hisamudin yang mula mengendalikan laman popular berkenaan pada tahun 2009 berpendapat bahawa MyResipi.com yang mempunyai ribuan pengikut tidak perlu dikuburkan begitu sahaja.

“Maka, saya telah memberitahu Bakhtiar tentang kesanggupan saya meneruskan MyResipi.com. Para pengguna bukan sahaja boleh mendapatkan resipi malah dapat berkongsi pengalaman mereka melaluinya.

“Saya telah melakukan beberapa perubahan terhadap program laman web berkenaan untuk memastikan ia tidak mengalami masalah tersekat atau skrin pegun berikutan terlalu ramai menggunakannya,” kata jurutera penyelenggaraan itu.

Tambahnya, sehingga kini terdapat kira-kira 8,000 resipi beraneka jenis ditawarkan dalam laman web yang dibangunkan menggunakan aplikasi Ruby on Rails itu.

Katanya, resipi yang terdapat di laman web tersebut terbahagi kepada beberapa kategori seperti ayam, kuih-muih, ikan, laksa, nasi, roti, sup, sayur, mi, telur dan makanan Barat.

“Kandungan laman web ini disampaikan dalam bahasa Melayu dan mudah difahami oleh pengguna.
“Lebih menarik, resipi yang dimuat naik dalam laman web ini dilengkapi penerangan tentang ramuan dan cara penyediaannya. Bimbingan itu memudahkan resipi tersebut diikuti dan dimasak mengikut selera orang yang mencubanya,” terang Md. Hisamudin.

Antara resipi popular yang mendapat sambutan daripada penggemar makanan ini adalah nasi ayam, kek batik biskut Marie, ayam masak merah dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Md. Hisamudin memberitahu, terdapat kira-kira 60,000 ahli berdaftar yang menggunakan MyResipi.com untuk berkongsi pelbagai aneka jenis resipi.

Menurutnya, laman web berkenaan tidak terbatas kepada penggemar masakan. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya malah tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ahli.
Berkongsi pengalaman


BEBERAPA antaramuka laman web MyResipi.com yang kemas dan mudah untuk dihayati kandungannya.


“Ia menjadikan laman web MyResipi.com lebih menarik kerana pengguna bukan sahaja dapat mencuba aneka resipi, bahkan menghantar komen serta gambar untuk tatapan umum.

“Dengan cara ini, ia dapat memberi ruang dan peluang kepada pengguna yang telah mencuba resipi untuk bersama-sama berkongsi mengenai pengalaman dan rasa masakan tersebut,” kata Md. Hisamudin.

Melalui konsep perkongsian itu juga, MyResipi.com menjadi medium terbaik bagi merapatkan komuniti maya yang sering bertemu secara dalam talian. Mereka bebas bertukar pendapat dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan persahabatan.

“Mengikut statistik semasa, sebanyak 94 peratus pengunjung laman web ini terdiri daripada pengguna wanita manakala selebihnya adalah lelaki.

“Kebanyakan pengguna yang menggunakan laman web ini pula terdiri daripada mereka berumur 25 hingga 34 tahun,” katanya.

Laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat itu bukan sahaja digunakan penggemar masakan di Malaysia, malah mendapat sambutan daripada mereka yang berada di luar negara.

Antara catatan statistik mengenai trafik pengunjung laman web itu adalah dari negara seperti Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Indonesia, Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Qatar.

Md. Hisamudin menambah, dia bercadang untuk membukukan resipi-resipi di dalam laman web berkenaan jika mempunyai peluang dan modal.

Katanya, dia ingin memberi peluang dan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang setia resipi di dalam laman web tersebut.

“Ia sekali gus dapat memberi pendapatan tambahan kepada para penyumbang resipi ini.
“Saya mendapati terdapat beberapa pengguna yang menggunakan resipi di dalam laman web ini untuk memperoleh pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan mereka,” katanya yang segera mahu merealisasikan impian itu.

Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, February 14, 2011

Fresh Fruit Cake untuk Ila

FB bukan saja pemangkin dalam business tapi jugak sbg penghubung kpd kawan2 lama.

Kek kali ni jugak order drp ex-skoolmate ibu, Shazila. Thanks ya Ila. Dah lama Ila mengidam nk mkn kek ibu, baru kali ni tercapai.



Tempting? Call now and order...hehehe


Nak tau kenapa kek ni sedap? Marketing ni...

Kek ni sedap sbb frosting dia fresh cream, lps tu, dilapisi dgn kastard dan fruit cocktail sebanyak 2 lapisan...atasnya pulak ada fresh stroberi dgn pic...so yumyy.... ^_^

Insya-Allah xkan menyesal punya...

Blogger Templates
Blogger Templates

kek Dayang Senandung utk Sharifah

Dah lama ibu x posting kek ibu yg paling laku ni. Bukan x dak org order, seminggu selalunya ada la sebijik dua kek dayang senandung ni tp jarang ibu posting sbb kek ni simple dan xdak hiasan...so x dak yg bezanya...cuma rasanya tetap meletop...hehehe

Ibu puji diri sendiri la. Kali ni, kek dayang senandung ibu berjaya menggoda sorang lagi opismet ibu, Kak Sharifah. TQVM ya, kak.


kalau semua perasan, thn 2011 ni ibu pakai sticker baru....hehehe
comey dak? ibu rasa comey ja...pinkish lagi....
^_^
Blogger Templates
Blogger Templates

Anniversary 4 Eyda&Arif

Second order drp ex-skoolmate ibu. Thanks, Eyda sbb sudi support H2H.

Eyda nk kek choc moist kecik comey ja tp nk btk love...so jadik la kek choc moist 6 inci love shape.
TQVM Eyda, really glad u like it.





from FB Eyda
Blogger Templates
Blogger Templates

Saturday, February 12, 2011

Assorted Muffins utk PIBG SK Khir Johari, SP

Thanks to ex-skoolmet ibu, Cikgu Zaheera.


perisa vanilla, oren dan stroberi sblom dibungkus


 
perisa muffin choc chips, pandan dan pisang choc chips
juga sblm dibungkus


dah masuk bungkus


suma dah masuk bungkus

Blogger Templates
Blogger Templates

Friday, February 11, 2011

Happy Birthday Mages

Ni vege CMC (eggless choc cake moist) ordered by Simran dan Prema utk BFF depa, Mages.
Thanks to both.



Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, February 7, 2011

Selamat Pengantin Baru Siti&Sidik

Rasanya blom terlambat ibu nk ucapkan Selamat Pengantin Baru to sepupu ibu belah wawan, Siti dengan suaminya Sidik. Majlis resepsi telah berlangsung pada 16 Jan yg lepas.

Seperti kebiasaan, kalo x dak aral yg melintang ibu akan kirimkan 1 bekas hantaran drp ibu dgn saudara yg melangsungkan perkahwinan.

design terbaru drp H2H...choc dlm jambangan bunga



Lolli dibungkus dgn aluminium foil berwarna...suit utk door gift

rose lolli sblm dibalut dgn aluminium foil



Blogger Templates
Blogger Templates

Sunday, February 6, 2011

20pcs lolli utk Kak Nonnie

TQVM kak Nonnie.




Blogger Templates
Blogger Templates

Selamat Pengantin Baru Anis&Sani

Pembukaan big order untuk 2011. Thanks to opismet ibu, ANis dan suaminya Sani.



1000 bijik mini kapkek stroberi
1000 bijik mini kapkek pandan
1000 bijik mini kapkek choc moist

pack seratus2, sbb Anis akan re-pack sendiri.
Blogger Templates
Blogger Templates

Happy Birthday

Order drp regular kastemer ibu, Kak Nonnie utk besday celebration geng poco2nya. Thanks, kak Nonnie sbb selalu support saya.





Blogger Templates
Blogger Templates

Google+ Followers

Followers