Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Pengantin Baru Affandy&Isteri

Selamat Pengantin Baru kepada Affandy&Isteri. Kek 2 tingkat ni ibu hantar ke Dewan IPD Kuala Muda. Majlis potong kek berlangsung pukul 1ptg tp ibu x dan nk tunggu sampai masanya.

Thanks to Cikgu Wan yang sudi order kat ibu. TQVM. Cikgu Wan dpt contact ibu melalui blog dan internet... thanks to the medium.

Kek 2 tingkat dengan tema purple krim. So ibu combinekan bunga kaler purple dan violet. Base maintain kaler light krim. Kek ni base dia ibu buat coklat moist (CMC) dan atas ibu buat marble blueberry. Icing coating ibu pakai steambuttercream, steambuttercream ni texture dia lain dan rasanya pun lain. Kalo icing sukakan steam buttercream sbb less sweet and less oily.

Ni dah siap assemble dah
Tgkla wedding photographer punya kamera...wedding photographer ada 2 org...malu rasa ibu nk snap pic pakai hp. isk...isk...malu...malu

Lupa lak nk bgtau...meja dgn pisau panjang tu...catering yg sediakan. ibu bawak kek dgn base dia ja.

Ketaq gak ibu nk assemble kek ni, sbb x pernah lagi ibu bawak kek pi assemble untuk wedding kat dewan. But kalo x dak start macamana nk ada perjalanan kan?

Close-up top tier...blueberry marble cake
Tingkat bawah...CMC
close-up...
Pasangan mempelai...menyulam bahagia.
Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Special thanks to hubby yg sudi tolong ibu hantarkan kek ni walopun ngantuk...hehehe... walopun mlm sblmnya dah berjaga pi ayaq panas dan drive pi balik...thanks ya....love ya...always...

Blogger Templates
Blogger Templates

Membuat Biskut Raya

La ni dah Syaaban. Esok dah nisfu Syaaban. Bila nk masuk ja Ramadhan, mula la musim biskut raya...hehehe. Kepada yg berminat nk buat sendiri...jom ibu kongsikan ilmu nk buat biskut raya ni. Author asal...Hajah Noraini.

Membuat Biskut Raya

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
 
Tentu ramai kaum ibu dan peniaga-peniaga biskut yang sedang sibuk menyediakan pelbagai jenis biskut yang ditempah pelanggan ataupun untuk hidangan keluarga dan tetamu di hari raya nanti. Saya sendiripun sudah mula membuat biskut yang ditempah oleh kawan-kawan dan juga biskut-biskut baru untuk buku saya yang akan datang. Ternyata semua barang dah naik harga, jadi pandai-pandailah meletakkan harga.Jangan sampai rugi sudahlah. Kalau boleh biarlah lebih murah dari harga pasaran supaya boleh menarik ramai pelanggan.

10 Tip Membuat Biskut

1. Gunakan bahan-bahan mentah yang terbaik supaya mendapat produk yang bagus. Umpamanya gunakan tepung biskut seperti Red Rose dan lain-lain. Jika sukar didapati, boleh gunakan tepung gandum biasa.

2. Jika menggunakan kekacang dalam adunan biskut, ia hendaklah dibakar dahulu.

3. Jika mencairkan coklat masakan, hati-hati jangan dimasuki air kerana akan menyebabkan coklat lambat set (beku).

4. Mentega hendaklah dilembutkan supaya mudah dipukul bersama gula.

5. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum membakar biskut. Bakar biskut pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.

6. Tepung dimasukkan akhir sekali dan gaul dengan tangan hingga menjadi doh lembut dan basah.

7. Jika lembik tambah sedikit tepung lagi dan simpan petisejuk 20 minit.

8. Jika doh kering dan berderai, maknanya ia kekurangan mentega. Putar sedikit majerin dan gaul dengan doh tadi hingga cukup basah.

9. Simpan doh dalam beg plastik supaya tidak kering.

10.Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas plastik (container)
 
Akhir kata dri ibu, have fun while baking....ya...



Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, July 26, 2010

500 mini muffin...thanks to Aida

500 mini muffins, variety flavour untuk doorgift wedding adiknya smlm. 5pcs/pack...tempting?

mini muffin pandan
sedap tau....^_^ (puji diri sendiri)
mini muffin vanilla dgn coklat rice
mini muffin dah masuk individual pack (100pack) dah
setiap pack ada rasa pandan, mango, vanila, choc moist dan vanilla dgn coklat rice
dah masuk kotak...nk deliver dah ni
dah tukaq masuk keta tuan yg order dah....dr kelisa pindah masuk avanza...upgrade tu...
heheheh
close-up sket sblm org bawak balik...hehehe

Ada few cabaran yg ibu face waktu buat mini muffin ni, sbb ibu x pernah buat muffin kecik2 ni. Tp cemana nk blajaq kan kalo x buat kesilapan? To acik Aida, TQVM untuk tempahan ni. Ada lagi 1 round kan? see ya...

Blogger Templates
Blogger Templates

Sunday, July 25, 2010

Happy Birthday Dad

CMC comel dan plain ni order drp boss ibu untuk besday her dad, today. Just a very plain CMC.


Mulanya igtkan nk bg plain cam ni ja...sbb bos ckp nk plain.


Upgrade sket...tambah choc chip as border


Final touch up...add choc rice....

Blogger Templates
Blogger Templates

Thursday, July 22, 2010

Gunakan tepung yang sesuai!

Tepung? Kenapa ada mcm2 jenis tepung? Apa beza tepung2 tu? Kalo silap pakai...apa jadi ek? Slalu jugak ibu ditanya dgn soalan2 mcm tu. So...sini ibu kongsikan info tentang tepung yang ibu amik dr blog MamaLeza (Singapura). Jauh tu info ni...tp itulah beauty of internet...kan? Kalo nk baca artikel asal...kat sini...ya...



Tepung Gandum
Sesuai untuk dibuat cucur, jemput2, batter untuk menggoreng ikan dan ayam. Kadar gluten tepung agak sederhana jadi ia sesuai untuk makanan gorengan.

Tepung Kek
Khas untuk membuat kek saperti Kek Mentega, Kek Buah, Kek Teh, Muffin dan kulit pastri puff. Kadar gluten dalam tepung kek ini rendah jadi ia amat sesuai untuk kek yang memerlukan struktur yang agak stabil.

Tepung Top
Khas untuk membuat Kek Span, Kek Angel atau Kek Shiffon dan Kuih Baulu. Kadar gluten tepung ini amat rendah sekali jadi struktur protein nya amat singkat menjadikan ia sesuai untuk membuat kek yang lembut dan gebu.

Tepung Hong Kong atau Super Lite Flour
Sesuai untuk membuat kueh pau kukus atau goreng donut. chakue dan roti paun.

Tepung Naik Sendiri atau Self-Raising Flour
Jenis tepung ini sudah dicampur bahan penaik iaitu baking soda untuk memudahkan kita membuat kek, pancake atau batter.

Tepung Roti
Sesuai untuk membuat roti sahaja kerana kadar gluten dalam tepung ini amat tinggi.

Tepung Wholemeal
Tepung in adalah tepung yang diproses tanpa kulit gandum dibuang. Ia berkhasiat dan lazimnya digunakan untuk membuat roti.

Tepung Kentang
Tepung ini dibuat daripada ubi kentang yang telah diproses. Jangan samakan tepung ini dengan tepung kanji. Tepung ini sangat sesuai dibuat roti apabila dicampurkan dengan tepung gandum. Ada juga sesetengah kek yang menggunakan tepung ini terutama untuk orang yang mempunyai alahan kepada tepung gandum.


Tepung Kacang Kuda atau Tepung Gram (Chickpea)
Penggunaan tepung ini begitu popular dalam masakan India. Ini termasuklah dalam membuat Pakora dan manisan. Di Itali tepung ini digunakan untuk membuat sejenis roti yang disebut Farinata.

Tepung Jagung
Digunakan lazimnya sebagai bahan pemekat dan untuk membuat biskut terutama untuk mendapatkan biskut yang rangup. Apabila dicampur dengan gula ia menjadi gula aising. Di Latin Amerika, tepung ini digunakan untuk membuat kulit pita yang dipanggil Tortilla.

Tepung Beras
Selain daripada kegunaannya untuk membuat kuih muih melayu, ia juga banyak digunakan untuk membuat biskut.

Setelah mengetahui jenis2 tepung dan kegunaannya, maka ini tentu akan memudahkan lagi anda memilih jenis2 tepung yang sesuai untuk apa jua masakan, untuk membuat kek atau biskut dan seumpamanya.

SELAMAT MENCUBA!
Blogger Templates
Blogger Templates

Teknik dan Tips Membuat Muffin

Hari ni x dak n3 masak, smlm buat mini kapkek pandan tp x sempat nk snap pic lagi...mlm ni la baru snap hehehe. Dah alang2 tu, n3 ni kopipes dr blog Kak Hana Jepun....semoga jadi panduan, ya. Tima kasih, ya sbb sudi kongsikan dengan semua...

Sumber asal kata kak Hana, buku Aneka Muffin Primasara Femina. Mungkin sesetengah kiter tak tau beza antara muffin dan cupcake. Jadi kat sini aku ingin kongsikan. Moga kita sama2 dapat manfaat.

Teknik dan Tips Membuat Muffin



Sinopsis
ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.

Cara mengaduk adunan
Prinsip dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair. Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer! Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh lubang.

Cara menuang adunan ke dalam cup
Tuang adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar, bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.

Cara membakar Muffin
Salah satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat! Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah, bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong. Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik, usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru campur baki adunan dan terus dibakar.

Masa membakar muffin antara 20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak. sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya. Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200 muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.

Penggunaan Loyang
Ada dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya.

Selamat memuffin!! mudah2an anda semua berjaya! Sekian.

Blogger Templates
Blogger Templates

Wednesday, July 21, 2010

Apa fungsi bahan penaik

Memandangkan ibu selalu buat baking2 ni, ada few question yg org selalu tanya. Apa beza soda bikarbonat dengan baking powder. Apa kegunaan soda bikarbonat? Apa kegunaan cream of tartar. Kenapa kadang2 ada yg boh baking powder ja...kenapa ada yg boh dua2?

Meh ibu kongsikan apa fungsi bahan penaik ni, info ni ibu dapat drp blog Resepi Noraini.

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:
Serbuk penaik, krim tartar dan soda bikarbonat.
Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

Blogger Templates
Blogger Templates

A very GOOD morning

Assalamualaikum....and very good morning to all...

Ceria nampak hari ni? Ceria la sbb pagi2 lagi dah nampak n3 kat Citarasawan pasai blog ibu....hehehe... kembang setaman. Terima kasih banyak, ya kak wan.

Nak baca n3 pasai blog masak aku....tgk la kat sini...semoga rezeki ibu, kak wan dan kwn2 yg kak wan promotekan semakin murah dengan n3 ni...heheh...insya-Allah.

 
Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, July 19, 2010

Marble Choc Cheese Cake for Chinda

Marble choc ciskek ni, order dr opismet ibu, Chinda. Chinda mai amik kat umah on Saturday morning. This cake untuk celebrate besday in law dia. thanks ya, Chinda. I harap you puas hati.

Chinda nk design yg simple ja, ibu harap design ni memenuhi citarasa Chinda. Chinda mai dengana nak dia, maaf la ibu x reti nk eja nama dia. But that boy so sweet and cute. Ibu really like it.





Blogger Templates
Blogger Templates

Friday, July 16, 2010

Saya suka Citarasawan kerana..

Hari ni nk buat entry blog reference ibu, blog Kak Wan. Ibu tak pernah join mana2 blog untuk promote blog ibu. Tp kali ni tawaran Citarasawan, menarik hati ibu. Syaratnya? Ibu kena tulis satu cerita pasai blog Citarasawan.








Saya suka Citarasawan kerana, first time saya jumpak blog Citarasawan saya terliur dgn Cappuccino cheesecake chilled. Look so nyummy...x le...tahan. Mula dari situ, saya mula jadi followe setia blog kak Wan. Resepi2nya mudah, salah 1 yg saya dah pernah try...bingka jagung.Saya x pandai karang panjang2...tp kesimpulan yg paling mudah...saya suka Citarasawan....saya suka suma resepi dalam Citarasawan... dan kak Wan jugak x kedekut berkongsi ilmu. Tima kasih ya....
 

Blogger Templates
Blogger Templates

Wednesday, July 14, 2010

Variety Muffins as door gift

Doorgift utk TokCik. Variety flavour, hundreds of individual pack. Nyummy... hehehe


Nk tau crita pjg2, tgk sini la ye....

Blogger Templates
Blogger Templates

Tuesday, July 13, 2010

Marble Cheese Brownies utk makan2

Memandang ibu buat marble cheese brownies untuk Acik Aida, ibu rasa x le tahan pulak. Sudahnya ibu buat sebijik (kecik) utk ibu lepas geram. But I have 1 small slice...heheheh

Marble cheese brownies ni ibu bawak pi umah tokcik, makan ramai2 kat sana...kalo kat umah jenuh ibu nk abeskan. ^_^

Apa yg pasti, along mmg tergoda dgn MCB ni. Balik nanti jgn lupa tuntut kek besday ya. Kalo x tuntut, mmg x layan....hehehe


wanna a slice? org diet pun x le tahan dgn cheese tu kan? hehehe

Blogger Templates
Blogger Templates

Thanks to Aida

Thanks to Aida sbb sudi order dgn ibu, 2 bijik kek banjir a.k.a kek dayang senandung dan marble cheese brownies untuk makan2 sempena majlis akad nikah adiknya sabtu lepas.

Acik Aida dgn hubby mai amik kat umah pagi2 sabtu tu. ^_^

Dalam kotak tu marble cheese brownies...dlm tipuware tu mustilah kek banjir...kalo dlm kotak cemana nk banjirkan? hehehe

Dah masuk kotak br tringat nk snap pic...hehehe...
Sedap tau ...ni....hehehe

Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, July 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Nurul&Syakir

Selamat Pengantin Baru kepada Nurul&Syakir. Ibu x mau cerita byk2, sbb ibu x pandai cerita pun. TQVM ya, sbb order drp ibu. A simple kapkek for hantaran.



Blogger Templates
Blogger Templates

Google+ Followers

Followers