Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Sunday, January 24, 2010

Kek Pandan Marble

Kek comel ni ibu buat masa nk pi T'ganu 2 minggu lepas. Sat ja masa berlalu...pejam celik pejam celik dah 2 minggu.

Lambat upload pasai kat opis la ni suma benda ken ablock....nk upload kat umah memanjang ja sibuk. Dah namanya career woman...adat ah tu dan alhamdulillah rezeki ibu dlm order2 ni agak murah di awal tahun 2010.

Sbg orang baru...ibu sgt suka hati dgn keadaan la.

Kek Marble Pandan Coklat ni ibu cilok dr dapoq CMG. Mmg besh gilar....lembut gebu dan sedap. Dan yang pasti...kek ni abes dlm masa x sampai setengah jam...hahahaha


Bahan2nya :
  • 4 biji telur gred A
  • 100g gula
  • 1 tbsp ovalette
  • 25ml pati santan (tp ibu ikut CMG guna susu segar)
  • 50g minyak jagung*
  • 1/2 tsp garam halus*
  • 1/2 tsp baking powder* (* digaul dan diayak)
  • 1 tsp pandan paste
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1/2 tsp esen vanilla (ikut CMG tambah)
  • 1 tsp coklat emulco (ikut CMG letak)

Cara2nya :

  1. Putar gula & ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pd kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (spt adunan bahulu)
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sikit demi sikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
  3. Adunan dibahagi 2, 1 bhg campurkan dgn esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. dan 1 bhg dicampur dgn pandan paste. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang seli ke dlm tin kek yg telah dilenser dgn mentega dan dasarnya dialas dgn kertas myk. Kemudian buat beberapa pusingan dgn menggunakan chopstick.
  5. Bakar dlm oven yg telah dipansakan pd suhu 180C selama 30 minit, bergtg pd oevn masing2. Sejukkan kek sblm dihidang.


No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers