Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Saturday, December 5, 2009

Qurban - Beef Steak

Qurban tahun ni, hanya along yg buat aqiqah untuk Syahmi. Selalunya buat makan nasi dengan daging rebus dan ayaq asam ja. Tapi bila dah ada chef in house, tetiba ja tringin nk makan steak ramai2 kat umah.

So raya ke2, ibu bawak pakcik pi tesco untuk belo bahan2 untuk marinade, coleslaw dan sos2.

Suma resepi ni, ibu boh untuk makan dalam 20 org tau

Anak pun x terkecuali nk sibuk2 tolong suma org sibuk


Chef monitor Pakcik Boy grilling. Anak second chef of the house

Main bakaq dlm umah ja...hahahah

Pakcik...mustard kurang kot tu

Sayur dah siap untuk coleslaw
COLESLAW
Bahan2 :
  • 6 biji bawang besar (slice)
  • 1 1/2 biji karot (slice - kalo ibu, ibu sagat ja kot)
  • 1/2 biji kobis (slice)
  • Mayonis
  • 1/3 biji Grass Lemon
  • Perisa secukupnya - Pakcik pakai serbuk pati ayam dan x sampai secubit garam.

Cara2 :

  1. Potong bawang, karot dan kobis nipis2 dan agak memanjang.
  2. Selepas potong, bilas sekali lagi dgn air lalu.
  3. Gaulkan mayonis secukupnya, perisakan dengan lemon dan perisa.
  4. Siap untuk di makan.

Coleslaw pakcik dpt pujian semua yg ada. Kembang semangkuk pakcik...hahahah

^_^

Tokcik dok kacau brown sauce.
BROWN SAUSE - SOS BLACK PEPPER dan SOS MUSHROOM
Bahan2nya :
  • 1 bungkus Ready Made Brown Sauce
  • 5 biji Bawang putih (cincang halus)
  • 7 biji bawang merah (cincang halus)
  • 2 tbsp oregano
  • 3 helai Bay leaves
  • Butter untuk menumis
  • 3 bungkus Black pepper (paket TESCO - blend kasar)
  • Chicken Stock - untuk taste
  • 2 tin button mushroom
  • 8 liter air

Cara2nya :

  1. Tumis bawg putih dan bawang merah sehingga naik bau
  2. Masukkan oregano dan bay leaves dan kacau lagi sehingga wangi
  3. Masukkan brown sauce dengan 5 liter air. Kacau sehingga pekat (dekat sejam jugak).
  4. Lepas pekat, masukkan 3 liter air dan kacau lagi sampai pekat
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. 1 bahagian masukkan black pepper dan kacau rata. Kemudian, seimbangkan rasa dengan chicken stock. Siap.
  7. 1 bahagian lagi, masukkan mushroom dan kacau rata. Kemudian, seimbangkan rasa dengan chicken stock. Siap...2 sos.
Inilah rupa beef steak kami
BEEF STEAK
Bahan2 :
  • 5 kilo daging
  • 1 botol Mild Mustard
  • 500ml olive oil
  • 1/2 botol oregano
  • 3/4 botol paprika
  • 1/2 botol rosemary'
  • 1 botol crush pepper corn (black pepper)
  • chicken stock secukupnya

Cara2 :

  1. Campur semua bahan, gaulkan.
  2. Rendam semua daging (rasanya daging yg kita pakai dlm 5 kilo kot). Setiap daging slice nipis untuk mudah masak. (Semua daging ketuk dengan penggiling kayu untuk lembutkan).
  3. Ratakan bahan ke daging dan bakar atas plet sampai masak.
  4. Hidangkan bersama coleslaw, kentang idaho dan pilihan sos.
  5. Siap.
Wawan test resepi pakcik....Passs

Operasi pembakaran dlm rumah yg berterusan

Sibuknya kat dapur

Tokcik amik alih

Second chef yg keletihan...terbongkang

x daya nk nolong...hehehehe

Chef of da house

Dua periuk sos...berlambak lebih...kata pakcik...simpan dlm freezer...6 bln pun tahan

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers