Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Sunday, December 20, 2009

Coconut Muffin dan Choc Chips Muffin

Last week ibu buat muffin ni utk rewang kat umah TokTeh...sempena majlis resepsi MakNdak Khairiah dengan PakCik Apit dengan pasangan masing2.

Tapi depa sbnrnya awaiting for Kek Karot yg ibu buat hr tu tp x sempat makan.

Tp menurut MakNdak Khairiah, MIL dia ckp kek tu sgt sedap siap tanya lagi order mana? Meh order ngan ibu meh...RM50 ja...hahahah...secret recipe RM80 tau. Macam la ibu ada masa sgt, tp di masa depan...huallahualam...hehehe

Coconut muffin ni ibu jumpak kat dapoq Acik Hana nun jauh di bumi Nippon...hehehe...jauh ibu selongkaq dapor org kan? Tgh2 malam lak tu...

Walopun ibu x pernah kenai dia, ibu suka sgt jengok dapoq Acik Hana nie...heheheh dan ibu harap Acik Hana x marah ibukan sebab boh resipi ni kan sini.

COCONUT MUFFIN

Bahan-bahan
  • 1 cawan dessicated coconut (kelapa kering)
  • 1 camb gula perang (brown sugar)
  • 6 camb mentega cair
  • 1 cawan (110gm) tepung gandum
  • 1/3 cawan (75gm) gula pasir
  • 1 camt baking powder
  • 1/4 camt soda bikarbonat
  • 1/4 camt garam1 biji telur
  • 1/3 cawan santan
  • 4 camb susu segar
  • 1/2 camt parutan lemon
Cara-cara
  1. susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
  2. campurkan dessicated coconut, 3 camb mentega cair dan gula perang ke dalam mangkuk
    gaulkan sebati
  3. selepas itu ketepikan 3 camb untuk dibuat topping
  4. ayakkan tepung, baking power, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk yang telah masukkan gula.
  5. kemudian masukkan ke dalam adunan dessicated coconut tadi dan kacau rata
  6. di dalam mangkuk yang lain pukul telur, santan, 3 camb mentega cair, susu segar dan parutan lemon dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  7. setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan rata
  8. sudukan adunan ke dalam muffin pan yang telah disediakan
  9. taburkan dengan topping
  10. bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  11. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  12. hidangkan.
Choc Chips muffin lak ibu selongkaq dr dapor cikgu siber ibu, Acik Ummi nun jauh di Kuantan. Macam biasa la..hehehe. Tp yg pasti anak ibu sgt suka muffin ni, tambah2 ibu tabur almond flake lak.

CHOC CHIPS MUFFIN

Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips (ibu make it 1 cawan)
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Dah siap bungkus....


No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers