Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Sunday, December 20, 2009

Best Ever Muffin

Muffin pertama ibu bakaq untuk bekal maktok dan wawan ke Kota Tinggi, Indo mlm ni.

As ibu plan, ibu nk bakaq 3 jenis muffin. Alhamdulillah, tercapai jugak.

Muffin ni ibu jumpak dapoq Acik Hana jugak...heheheh...asyik mengopi dan mengepes la.

Tp, lesson yg ibu dpt...suhu oven jgn tinggi sangat...kalo dak coklat rice akan cair macam coklat rice ibu...x cantik. Sib baik rasanya maintain sedap. Yg penting...mudah...sgt mudah...mmg best ever la.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • ¼ cawan minyak sayuran
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (ibu gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit. Ibu tambah 1 cwn coklat cip dlm adunan.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin. Ibu tabur coklat rice as topping.
5. Pelbagaikan muffin anda:-
Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar.
Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang.
Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang.
Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers