Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Monday, November 2, 2009

Slice Cheese Cake

Resepi slice cheese cake ni dah lama ibu peram. Bahan dah lama cukup, cuma x tau la apa yg buatkan ibu peram resepi ni lama2.

Resepi ni ibu jumpak dlm blog Ha Sue. Saja ibu selongkaq dapuq tu.

Bagi ibu, resepi ni sedap dan lembut cuma if ibu buat next time ibu akan pakai tepung naik sendiri sebab resepi ni pakai tepung gandum ja dan x ditambah pun baking powder or soda. Mungkin cara ibu yg salah...i dont know. Lagi satu, ibu akan tambah lemon skit. Sebab lidah ibu dah biasa makan ciskek yg ada rasa lemon2 sket.

Tapi overall, kek ni sedap dan lembut...will try again. Resepi ni, ibu copy paste direct dr blog Ha Sue ja.

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
Cara-cara:

>Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

>masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

>didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

>akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

>bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

>hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers