Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Tuesday, November 17, 2009

MUFFIN PANDAN

Semalam abah dengan anak tidoq awai. Abah kena jaga Rukun Tetangga smlm dan anak lak letih main kot. So tinggallah ibu sorang2 dok jahit manik dan labuci kat jubah raya (konon2nya). Bila cam bosan tu teringat lak nk buat muffin untuk bekal anak dan abah.

Bila check bahan...okes...suma ada...so jadilah kejadiannya. Resepi ni ibu peram dr dapoq kak RinnChan...dengan harapan naik membumbung mcm yg kak RinnChan buat. Alhamdulillah...mcm sempurna kejadiannya.

Ibu buat 2 adunan dr kat bawah...1 adunan ibu boh almond dan satu adunan lagi ibu boh choc chips as topping.




MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com
Bahan-bahan:
  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikabonat
  • 1/2 tsp garam halus
  • 120gm gula castor
  • 200ml santan kelapa (dalam kotak)
  • 100ml minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)*
  • 1/2 tsp pandan essence*
  • Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalamsebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemuabahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Pesan RinnChan :
Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teksturnya lembut, petua biasanya adalah..jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung.... . Selamat mencuba..!!!!

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers