Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Monday, November 23, 2009

Kek Karot versi MIL Nat

Hari sabtu lepas ibu buat kek karot untuk hari akad nikah MakNjang Khairiah. Saja la nk buat mkn2 lepas kenduri kan? Tapi x sangka la pulak...kek ibu yg comot tu jadi buah tangan untuk pihak pengantin lelaki...nampka gayanya... bukan rezeki pihak perempuan la nk rasa.

Ibu pun kempunan jugak nk tau apa rasanya...tu yg tambah kecut perut tu...

Ibu amik resepi ni dr Acik Nat. Resepi ni Acik Nat amik dr MIL dia. Heheheh...main pas pas la pulak kan?

Tapi dr resepi tu...ibu dpt rasakan mcm sedap ja...tetambah lagi...topping nya pakai krim cis...sbb tu la anak ibu bantai topping tu lepas ibu siap decorate kek (ye ke decorate???)...isk...isk...


See...see...ada percaya dak? Mandi pun belum...dah bantai krim cis ibu.
Kek yg bolem di letakkan topping

Isk...isk...sedap sgt ke anak?

Abes belemoih anak ibu

Sedap la inu...sedaaaaaaaaaaaaaaaaaappp

Colorful kan kek ibu?

Alamak kantoi...umah selerak...
Ibu taboq coklat cip sbb nk tutup comot2 yg ibu buat tu

Nk wat cemana...amatur...cenggini la

Dah masuk kotak....

Siap packing.
Nk resepi? Boleh... no problemo...
Bahan2nya :
  • 150g karot (parut)
  • 50g kismis kuning
  • 50g air nanas (pakai air nanas tin)
  • 150g nanas tin (ibu potong dadu)
  • 70g walnut (ibu panggang sikit)
  • 350g tepung gandum
  • 400g gula (ibu kurangkan jd 350g ja)
  • 6g baking powder
  • 10g soda bikarbonat
  • secubit garam
  • 240g telor (ibu pakai 4 bijik)
  • esen vanilla

Cara2nya :

  1. Camporkan semua bahan dan kacau rata.
  2. x payah susah2 pukul telor sambai kembang. Kacau rata saja semua bahan.
  3. Bakar dengan suhu 180 deg selama 45 minit.

Topping

Bahannya:

  • 125g cream cheese
  • 50g butter
  • 250g gula icing
  • 1/4 biji jus lemon
  • coklat cip utk tabur

Cara2nya:

  1. Pukul semua bahan kecuali coklat cip sampai kembang.
  2. Sapukan atas kek yg dah sejuk dan hias sesuka hati.








Saturday, November 21, 2009

TRIPLE CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

Muffin lagi...

Hehehe...semenjak dua menjak anak ibu suka makan muffin ni...ibu kerja buat muffin ja. Sebabnya? Senang ibu nk bagi bekal kat anak ibu kan? Lagipun, ibu buat muffin ni sebagai hadiah untuk Acik Nat, si ibu mengandung tu sempena besday dia yg ke 29. Happy besday mommy to be. All the best for you.

Resepi ni, ibu cilok lagi dari FP Acik RinnChan...hehehe copy paste ja kerja ibu kan? Bila la nk boley jumpak acik RinnChan ni? Rasanya cam dekat ja umah dia sbb anak Acik RinnChan skolah kat Permtg Gedong ja...????

Try it, u not gonna regret...

TRIPLE CHOCOLATE CHIPS MUFFINS
Adapted from : Mummy Jam's Chocolate Chips Muffins
Makes 12 big size muffins

Bahan-bahan :
  • 250gm butter
  • 200gm caster sugar
  • 300gm self-raising flour
  • 4 eggs
  • 4 tablespoons cocoa powder
  • 25gm dark chocolate bar, melted using double-boiler * ibu ikut Acik RinnChan tambah 3 sudu besar susu segar
  • Chocolate chips White chocolate chips & Strawberry chips
Cara-cara :
1. Gunakan mixer, pukul butter dan gula hingga berkrim dan lembut.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Ayak tepung bersama serbuk koko. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan. Teruskan memutar.
4. Masukkan coklat yg dicairkan.
5. Masukkan chocolate chips dan putar sekadar sebati.
6. Sudukan ke dalam papercups dan taburkan chips coklat tiga warna ke atasnya.
7. Bakar pada suhu 175 darj cels selama 15mins - 20mins.
Pesan Acik RinnCHan, jangan pakai api atas bawah...kalo dak nanti cair coklat cip tu...

Tuesday, November 17, 2009

MUFFIN PANDAN

Semalam abah dengan anak tidoq awai. Abah kena jaga Rukun Tetangga smlm dan anak lak letih main kot. So tinggallah ibu sorang2 dok jahit manik dan labuci kat jubah raya (konon2nya). Bila cam bosan tu teringat lak nk buat muffin untuk bekal anak dan abah.

Bila check bahan...okes...suma ada...so jadilah kejadiannya. Resepi ni ibu peram dr dapoq kak RinnChan...dengan harapan naik membumbung mcm yg kak RinnChan buat. Alhamdulillah...mcm sempurna kejadiannya.

Ibu buat 2 adunan dr kat bawah...1 adunan ibu boh almond dan satu adunan lagi ibu boh choc chips as topping.




MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com
Bahan-bahan:
  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikabonat
  • 1/2 tsp garam halus
  • 120gm gula castor
  • 200ml santan kelapa (dalam kotak)
  • 100ml minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)*
  • 1/2 tsp pandan essence*
  • Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalamsebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemuabahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Pesan RinnChan :
Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teksturnya lembut, petua biasanya adalah..jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung.... . Selamat mencuba..!!!!

Sunday, November 15, 2009

Choc Chips Muffin

Sekarang ni anak ibu dah pandai mkn macam2 and favourite budak2 of coz la yg sweet gitu. So ibu try to make something yg boleh tahan sehari dua/dua tiga hari. Yg mudahnya, ibu rasa muffin la.

Ibu x pernah buat muffin, ni la first try dr ibu. Mulanya ibu nk buat muffin pandan yg ibu jumpak kat dapor kak RinnChan. Tp br perasan paste pandan "ilek". So terpaksa la ibu selongkaq dapor lagi...tgk resepi apa yg sesuai dgn bahan2 dlm simpanan.

Carik punya carik, ibu jumpak dalam tudung kak Ummi nun jauh di Pahang. So, terjadilah Choc Chips Muffin.

Ibu x pukul lama atau kuat mcm yg dipesan tp awat muffin ibu x membukit mcm muffin org lain? Nk kena try lagi ni...ibu x cukup pro nih...huhuhu...

Walopun rupanya x berapa molek...tp yg penting...anak sekali hadap 2-3 bijik....heheheh

Itu yg penting kan?

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-
1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4. Masukkan choc chips.
5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Monday, November 2, 2009

Kek Karot dan kelapa

Semlm ada besday celebration utk Sarah. Maksu suruh buat kek coklat sebijik. So ibulah kek Dayang Senandung untuk Acik Sarah dan kek karot+kelapa ni utk org2 tua. Org2 tua x berapa suka kek cokolat nih.

Resepi kek ni ibu godek dr Majalah Rasa Raya tahun ni. Simple tapi sedap sgt. Cuma senang berderai sikit...may be sbb ada kelapa kering kot.

Bahan2nya :
  • 250g butter
  • 250g tepung naik sendiri
  • 220g gula castor
  • 5 biji telur
  • 4 tbsp susu sejat (ibu pakai susu segar dutch lady)
  • 1 tbsp esen vanilla
  • 2 biji karot (ibu parut pjg2)
  • 70g kelapa kering
Cara2nya :
  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sampai kembang.
  3. Masukkan tepung, susu dan esen. Pukul rata.
  4. Masukkan karot dan kelapa kering, kaup balik sampai rata.
  5. Bakar dengan suhu 180C selama 45-60minit.
  6. Siap untuk hidang atau boleh hiaskan sesuka hati.


Nilah rupa kek yg dah dipotong2 untuk dihidangkan. Overall, tetamu suma (org2 tua) suka sgt kek ni. Siap ada yg mintak resepi lagi. Waktu membakar pun sgt menggoda sebab baunya sgt2 wangi.

Best....

Slice Cheese Cake

Resepi slice cheese cake ni dah lama ibu peram. Bahan dah lama cukup, cuma x tau la apa yg buatkan ibu peram resepi ni lama2.

Resepi ni ibu jumpak dlm blog Ha Sue. Saja ibu selongkaq dapuq tu.

Bagi ibu, resepi ni sedap dan lembut cuma if ibu buat next time ibu akan pakai tepung naik sendiri sebab resepi ni pakai tepung gandum ja dan x ditambah pun baking powder or soda. Mungkin cara ibu yg salah...i dont know. Lagi satu, ibu akan tambah lemon skit. Sebab lidah ibu dah biasa makan ciskek yg ada rasa lemon2 sket.

Tapi overall, kek ni sedap dan lembut...will try again. Resepi ni, ibu copy paste direct dr blog Ha Sue ja.

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
Cara-cara:

>Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

>masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

>didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

>akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

>bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

>hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya

Google+ Followers

Followers