Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Thursday, October 1, 2009

Marble Cheese Cake

Kek ni pun aku buat untuk bawak ke umah long raya ke-6 hr tu. Tp cam biasala...bila namanya cheese cake...mmg x dan nk kepong. Sat ja clear.

Dari dulu lagi aku mmg minat bab buat2 kek ni. Tp bila beranak kecik ni...terbantut sat...ada la gak dlm setahun. La ni semangat balik...lagipun dah ada oven sendiri...kan. Dulu aku belasah oven mak, siap buat reta sendiri lagi...hehehehe.

Resepi ni aku selongkaq dapor kak ummi yang bersawang sebab x abih raya lagi. Dan rindu dah ni nk tgk resepi2 baru kak Ummi. Resepi asal dr kak RinnChan. Saya CP ja ya, kak.

Bahan-bahan

- Bahan A

180 gm mentega
20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
170 gm gula kastor
3 biji telor

Cara Membuat:-
Griskan loyang 8 cm dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.

- Bahan B

250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-

Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:

Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers