Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Monday, October 5, 2009

Makan2 dirumah - 4 Syawal

4 Syawal lepas BIL buat surprise nk makan tengahari kat umah. Terkujat jugak kami dibuatnya. Cemana x terkujat, ibu bukannya pandai masak. Takat nk makan berdua tu bole la gagah. Nk makan ramai2 (x la ramai mana, dlm 10 org ja)...tp bg ibu, ramai la jugak tu.

Syaratnya, ibu yg kena masak. X mo mak masak. Alamak....

So pagi2 lagi ibu dah kejut abah ajak pi market. Elok nk kluaq ja, nampak ada pakcik juai ikan depan rumah. Abah kata...sib baik...hehehehe...

Pukoi 9.30 ibu dah start bersilat+berkungfu+berjikendo+...suma2 la yg bole...

Tp terenti gak dlm sejam lebih sbb Rayyan buat perangai. Abah x dak, keluaq pi beli beras. Dah katakan, org jarang masak...beras pong abih.... ^_^

Tetamu sampai koi 12.30 tghari...makanan siap koi 1.30...nasib badan lah kan....kan...

Tapi ibu puas ati, sebabnya? Sebab suma masakan ibu habis..licin. X kisahlah...habis sbb lapaq ka (sbb lambat mkn) ataupun sedap...yg penting abis...dan abah tambah....wa wi junior jus...

Menu penuh lunch 4 Syawal

Ikan lengat goreng, ni feveret wawan. Kalo ada ikan goreng ni, wawan boleh tambah nasik. Ikan ni ibu pesan kat kawan, org melayu buat.

Sambal belacan ni maktok buat untuk gu dengan ulam timun dan ikan lengat goreng. Ibu sibuk hidang waktu ni.

Sayur kobis goreng, sayur sesimple2 sayur yg ibu mampu buat waktu2 runcing cam ni.

Bahan2nya :

1/2 biji kobis
1 biji karot
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili idup
1 biji capsicum
100g udang (buang kulit)
lada itam
garam

Cara2nya :
  1. Tumis bawang sampai bau.
  2. Masukkan udang dan cili idup+capsicum, kacau sampai udang masak.
  3. Masukkan karot dan kacau lagi.
  4. Bila karot dah masak, masukkan kobis dan gaul rata.
  5. Seimbangkan rasa garam dan tambahkan sikit lada itam kalo suka.
  6. Siap untuk hidang dan makan.
Ikan siakap masak 3 rasa ni resepi drp maktok jugak...resepi feveret pak lang.
Bahan2nya
2 ekor ikan siakap
5 ulas bawang merah (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 senduk cili kisar
1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
1 senduk sos tiram
1 senduk air
1 tbsp gula
2 biji tomato (belah 4)
2 potong nenas (hiris bentuk segi3)
tepung jagung secukupnya
garam kunyit secukupnya
daun bawang
3 biji cili merah (hiris serong atau buat bunga)
Cara2nya :
  1. Lumurkan garam kunyit ke atas ikan sampai rata, dan kemudian lumurkan pula tepung jagung.
  2. Goreng ikan dengan minyak yg banyak sampai garing, kalau boleh deep fry lagi bagus.
  3. Keluarkan semua minyak, tinggalkan dalam 1 senduk untuk menumis.
  4. Tumis bahan2 tumis sampai wangi.
  5. Masukkan cili kisar dan gula. Masak sampai pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan semua sos2 tadi dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan pula nanas dan tomato dan biarkan mendidih sekali.
  8. Curahkan kuah atas ikan dan hiaskan daun bawang dan cili merah ke atas.
  9. Siap untuk hidang dan makan.

    Singgang sotong ni ibu cilok resepi dr buku Chef Hanieliza. Wawan suka makan sotong dan ibu kena prepare masakan untuk Rayyan makan jugak. So lepas selak pi selak mai, ibu rasa resepi ni paling simple dan nampak mengancam...hehehehe....
Bahan2nya :
500g sotong
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 batang timun (dipotong pendek)
3 tangkai daun bawang (dipotong pendek)
2 keping asam gelugur (asam keping)
1/2 tsp kunyit serbuk
500ml air
garam secukup rasa
Cara2nya :
  1. Sotong dibuang kulit dan dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali sotong dan daun sup ke dalam periuk.
  3. Masakkan hingga mendidih.
  4. Masukkan sotong dan biarkan mendidih sekali lagi. Tutup api.
  5. Taburkan daun sup dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers