Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Monday, October 12, 2009

Kek coklat lagi dan kek Dayang Senandung

Dua kek coklat ni ibu buat sempena 6th years celebration ibu kat office. Dah lama ibu cari resepi mcm ni...baru tahun ni ibu jumpak. Ibu dah try raya hari tu, mmg anak dengan abah suka sgt2.

Sos coklat yg likat tu memang umph la... hehehehe...

Kek Coklat ( Majalah Mingguan Wanita Raya 2009 )

Bahan2nya:
  • 250g tepung gandum*
  • 50g serbuk koko*
  • 1 tsp serbuk penaik*
  • 1/2 tsp soda bikarbonat*
  • secubit garam*
  • 190g butter
  • 330g gula halus
  • 1 1/2 tsp esen
  • 4 biji telur
  • 250ml air sejuk
Ayak bahan2 bertanda *

Cara2nya :
  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi sampai kembang.
  3. Masukkan tepung, selang selikan dengan air sejuk. Pukul sebati.
  4. Masukkan dalam loyang, bakar 180C selama sejam.
Bahan2 untuk fudge :
  • 50g serbuk koko
  • 125ml air
  • 1 cawan susu cair
  • 200g gula
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tsp esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 60g tepung jagung
  • 60g butter
Cara2 untuk fudge :
  1. Satukan semua bahan kecuali butter dan masak secara double boil.
  2. Kacau sampai pekat dan tutup api.
  3. Masukkan butter dan kacau sebati.
  4. Bahagi 2 kek, 1/2 fudge tuang kat tengah kek. Letakkan 1/2 lagi kek atas fudge dan tuang baki fudge.
  5. Masukkan dalam esbox selama 1 jam untuk senang potong.

Tuan punya resepi ni namanya Azemi kalo ibu x silap. Laki...tp pandai buat2 kek ni. Siap buat meniaga lagi resepi nih...kagum sungguh ibu dengan dia.

Kek ni atok (MIL) panggil kek Dayang Senandung sebab kalernya itam. Belum coba belum tahu. Dah coba...baru tau penangan Dayang Senandung ni...heheheeh ^_^

Kek Dayang Senandung

Bahan2nya :
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1 cawan vegetable oil*
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp baking powder
  • 1 tbsp soda bikarbonat
Cara2nya :
  1. Campur semua bahan yang bertanda * ke dalam periuk. Masak atas api yang kecil sampai likat dan tak berketul. Sejukkan sos coklat ni.
  2. Pukul telur sampai kembang.
  3. Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Masukkan dalam telur dan kacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan sos coklat dalam adunan tepung dan telur.
  5. Bakar dengan double boiler atau kukus selama sejam.
  6. Untuk topping, buat 1 lagi sos coklat dan tuang atas kek bila sejuk.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers