Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Thursday, October 29, 2009

Sotong Sumbat Masam Manis

Dah agak lama ibu masak sotong ni. Dah ke mana pi nya. Resepi sutun ni ibu cedok dr buku Chef Hanieliza "Senangnya Memasak...Makanan Laut".

Mula abah ingat ibu boh musuh ketat dia dalam inti (Cabai melaka), sampai x makan inti sutun. Tp bila ibu ckp bukan, br abah makan. Isk..isk...

Ibu buat 4 ekoq, ibu dgn abah makan 2 ekoq ja. Lagi 2 ekoq bwk balik umah maktok dgn wawan. Maktok ckp sedap, wawan ckp tawaq skit...hehehhe ibu lupa tambah garam masa hangatkan bila ibu tambah ayaq buat kuah...heheheh...sowi ya.

Bahan A
  • 500g sotong (ibu pakai 4 ekoq sutun bushar) - dibuang kulit dan dibersihkan
  • 1 labu bwg besar (dihiris kasar)
  • 1 ulas bwg putih (dihiris)
  • 5 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp cili mesin (ibu jadikan 1 senduk)
  • 1 tsp gula
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 tbsp minyak
Bahan B (Bahan Sumbat)
  • 200g udang
  • 2 biji telur
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • 1 tbsp myk masak
  • garam secukup rasa
Cara Membuat
  1. Panaskan myk dan tumiskan bawang merah dan udang
  2. Masukkan telur dan biarkan hingga keras. Kemudian hancurkan.
  3. Masukkan garam, cili, daun bawang dan daun sup. Kemudian kacau rata.
  4. Tutup api dan ketepikan.
  5. Sumbatkan bahan gorengan udang dan telur dalam sutun dan masukkan kepala sutun. Sematkan dgn lidi.
  6. Panaskan myk dan tumiskan bwg ebsar dan bwg putih hingga wangi.
  7. Masukkan sos tomato dan cili mesin. K'dian kacau rata.
  8. Masukkan sutun dan masakkan hingga mendidih.
  9. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
  10. Sedia dihidangkan.

Monday, October 12, 2009

Kek Lapis Pandan

Asik buat kek coklat ja raya tahun ni...sampai naik jemu la pulak. Sambil2 ushar majalah RASA edisi raya tahun ni, ibu terbekenan dengan resepi ni. Selama nih...asik beli ja. Bila ada resepi mudah cam ni...terliur la pulak nk mencobanya.

Keseluruhannya, mcm sukses ja...tp ada mistake yg ibu buat waktu melapis. Patutnya dibiarkan separuh beku tp ibu biar puding tu sampai beku so puding dengan kek tak melekat dengan baik.

A lesson for me. Next time, ibu nk buat lagi sebab ibu rasa sedap. Tp ibu kena make sure puding tu x beku sebelum ibu melapis dengan kek. Lagipun ibu baru beli dawai pemotong kek. Senang giler nk potong kek to half after this. For sure akan rata ja. Sebelum senget benget gak...hehehe

Sebab tu la org kata, practise make perfect...caiyok...caiyok...

Kek Pandan (1kg)

Bahan2nya:
  • 250g butter
  • 250g gula halus
  • 5 biji telur gred B
  • 250g tepung naik sendiri
  • 1 tbsp makan pes pandan
Cara2nya :
  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Tambahkan tepung dan putar rata.
  4. Tambahkan pes pandan dan putar lagi.
  5. Masukkan dalam loyang dan bakar dengan suhu 180C selama 1 jam.
Lapis pandan

Bahan2nya:
  • 12g serbuk agar2 (ibu pakai agar biasa)
  • 20g tepung Hong Kwee
  • 110g gula
  • 1 tin susu cair (ibu pakai susu segar Dutch Lady 400ml)
  • 1 liter air (400ml dr air ni ibu guna untuk bancuh tepung Hong Kwee untuk elakkan berketul)
  • 4 helai daun pandan (ibu pakai pes pandan 1tbsp)
  • pewarna hijau
  • kek pandan 1 kg
Cara2nya :
  1. Didihkan agar2, daun pandan dan air. Kacau sampai larut.
  2. Masukkan tepung, susu dan gula. Kacau sampai rata dan tak berketul.
  3. Tambahkan pewarna dan kacau. Tutup api, biarkan suam.
  4. Potong (bahagi) dua kek.
  5. Masukkan 1 lapis kek dalam bekas dan curah bancuhan puding ke atas kek. Biarkan 1/2 beku.
  6. Masukkan lapis kedua kek dan curah baki puding atas kek.
  7. Sejukkan dalam esbox dan hidangkan.

Kek coklat lagi dan kek Dayang Senandung

Dua kek coklat ni ibu buat sempena 6th years celebration ibu kat office. Dah lama ibu cari resepi mcm ni...baru tahun ni ibu jumpak. Ibu dah try raya hari tu, mmg anak dengan abah suka sgt2.

Sos coklat yg likat tu memang umph la... hehehehe...

Kek Coklat ( Majalah Mingguan Wanita Raya 2009 )

Bahan2nya:
  • 250g tepung gandum*
  • 50g serbuk koko*
  • 1 tsp serbuk penaik*
  • 1/2 tsp soda bikarbonat*
  • secubit garam*
  • 190g butter
  • 330g gula halus
  • 1 1/2 tsp esen
  • 4 biji telur
  • 250ml air sejuk
Ayak bahan2 bertanda *

Cara2nya :
  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi sampai kembang.
  3. Masukkan tepung, selang selikan dengan air sejuk. Pukul sebati.
  4. Masukkan dalam loyang, bakar 180C selama sejam.
Bahan2 untuk fudge :
  • 50g serbuk koko
  • 125ml air
  • 1 cawan susu cair
  • 200g gula
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tsp esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 60g tepung jagung
  • 60g butter
Cara2 untuk fudge :
  1. Satukan semua bahan kecuali butter dan masak secara double boil.
  2. Kacau sampai pekat dan tutup api.
  3. Masukkan butter dan kacau sebati.
  4. Bahagi 2 kek, 1/2 fudge tuang kat tengah kek. Letakkan 1/2 lagi kek atas fudge dan tuang baki fudge.
  5. Masukkan dalam esbox selama 1 jam untuk senang potong.

Tuan punya resepi ni namanya Azemi kalo ibu x silap. Laki...tp pandai buat2 kek ni. Siap buat meniaga lagi resepi nih...kagum sungguh ibu dengan dia.

Kek ni atok (MIL) panggil kek Dayang Senandung sebab kalernya itam. Belum coba belum tahu. Dah coba...baru tau penangan Dayang Senandung ni...heheheeh ^_^

Kek Dayang Senandung

Bahan2nya :
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1 cawan vegetable oil*
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp baking powder
  • 1 tbsp soda bikarbonat
Cara2nya :
  1. Campur semua bahan yang bertanda * ke dalam periuk. Masak atas api yang kecil sampai likat dan tak berketul. Sejukkan sos coklat ni.
  2. Pukul telur sampai kembang.
  3. Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Masukkan dalam telur dan kacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan sos coklat dalam adunan tepung dan telur.
  5. Bakar dengan double boiler atau kukus selama sejam.
  6. Untuk topping, buat 1 lagi sos coklat dan tuang atas kek bila sejuk.

Monday, October 5, 2009

Kek coklat

Kek coklat ni pun ibu jumpak kat MYR, resepi asal dr Fendi. Memang x rugi cuba sebab ibu dah buat byk kali but never fail to satisfy crowd. Raya kali ni buat 2 bijik ja, sebab lagi 3 bijik try resepi lain. Nanti ibu upload lain.

Buat masa ni, try resepi kek fendi ni dulu. Not gonna regret it. Ibu copy paste ja.

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Makan2 dirumah - 4 Syawal

4 Syawal lepas BIL buat surprise nk makan tengahari kat umah. Terkujat jugak kami dibuatnya. Cemana x terkujat, ibu bukannya pandai masak. Takat nk makan berdua tu bole la gagah. Nk makan ramai2 (x la ramai mana, dlm 10 org ja)...tp bg ibu, ramai la jugak tu.

Syaratnya, ibu yg kena masak. X mo mak masak. Alamak....

So pagi2 lagi ibu dah kejut abah ajak pi market. Elok nk kluaq ja, nampak ada pakcik juai ikan depan rumah. Abah kata...sib baik...hehehehe...

Pukoi 9.30 ibu dah start bersilat+berkungfu+berjikendo+...suma2 la yg bole...

Tp terenti gak dlm sejam lebih sbb Rayyan buat perangai. Abah x dak, keluaq pi beli beras. Dah katakan, org jarang masak...beras pong abih.... ^_^

Tetamu sampai koi 12.30 tghari...makanan siap koi 1.30...nasib badan lah kan....kan...

Tapi ibu puas ati, sebabnya? Sebab suma masakan ibu habis..licin. X kisahlah...habis sbb lapaq ka (sbb lambat mkn) ataupun sedap...yg penting abis...dan abah tambah....wa wi junior jus...

Menu penuh lunch 4 Syawal

Ikan lengat goreng, ni feveret wawan. Kalo ada ikan goreng ni, wawan boleh tambah nasik. Ikan ni ibu pesan kat kawan, org melayu buat.

Sambal belacan ni maktok buat untuk gu dengan ulam timun dan ikan lengat goreng. Ibu sibuk hidang waktu ni.

Sayur kobis goreng, sayur sesimple2 sayur yg ibu mampu buat waktu2 runcing cam ni.

Bahan2nya :

1/2 biji kobis
1 biji karot
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili idup
1 biji capsicum
100g udang (buang kulit)
lada itam
garam

Cara2nya :
  1. Tumis bawang sampai bau.
  2. Masukkan udang dan cili idup+capsicum, kacau sampai udang masak.
  3. Masukkan karot dan kacau lagi.
  4. Bila karot dah masak, masukkan kobis dan gaul rata.
  5. Seimbangkan rasa garam dan tambahkan sikit lada itam kalo suka.
  6. Siap untuk hidang dan makan.
Ikan siakap masak 3 rasa ni resepi drp maktok jugak...resepi feveret pak lang.
Bahan2nya
2 ekor ikan siakap
5 ulas bawang merah (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 senduk cili kisar
1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
1 senduk sos tiram
1 senduk air
1 tbsp gula
2 biji tomato (belah 4)
2 potong nenas (hiris bentuk segi3)
tepung jagung secukupnya
garam kunyit secukupnya
daun bawang
3 biji cili merah (hiris serong atau buat bunga)
Cara2nya :
  1. Lumurkan garam kunyit ke atas ikan sampai rata, dan kemudian lumurkan pula tepung jagung.
  2. Goreng ikan dengan minyak yg banyak sampai garing, kalau boleh deep fry lagi bagus.
  3. Keluarkan semua minyak, tinggalkan dalam 1 senduk untuk menumis.
  4. Tumis bahan2 tumis sampai wangi.
  5. Masukkan cili kisar dan gula. Masak sampai pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan semua sos2 tadi dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan pula nanas dan tomato dan biarkan mendidih sekali.
  8. Curahkan kuah atas ikan dan hiaskan daun bawang dan cili merah ke atas.
  9. Siap untuk hidang dan makan.

    Singgang sotong ni ibu cilok resepi dr buku Chef Hanieliza. Wawan suka makan sotong dan ibu kena prepare masakan untuk Rayyan makan jugak. So lepas selak pi selak mai, ibu rasa resepi ni paling simple dan nampak mengancam...hehehehe....
Bahan2nya :
500g sotong
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 batang timun (dipotong pendek)
3 tangkai daun bawang (dipotong pendek)
2 keping asam gelugur (asam keping)
1/2 tsp kunyit serbuk
500ml air
garam secukup rasa
Cara2nya :
  1. Sotong dibuang kulit dan dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali sotong dan daun sup ke dalam periuk.
  3. Masakkan hingga mendidih.
  4. Masukkan sotong dan biarkan mendidih sekali lagi. Tutup api.
  5. Taburkan daun sup dan hidangkan.

Cornflakes Milo

Cornflakes milo ni br masuk dalam senarai kukis wajib ibu since 2 tahun lepas. Ibu jumpak resepi ni dalam MYR. Resepi yg sgt senang dan anak ibu pun suka sgt2 kukis ni, mayb sebab manis kot.

Tahun ni ibu buat 4 adunan drp resepi kat bwh, sebab senang tp sedap. Resepi asal drp HJHMAS 2110. Thanks ya, kpd penyumbang resepi di MYR.


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 100 Gram Mentega
  • 100 Gram Cornflakes
  • 100 Gram Serbuk Milo
  • 4 Sudu Makan Golden Syrup

Cara-cara

  1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
  2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
  3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
  4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
  5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
  6. Bulatkan lah semasa masih panas.
  7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)

Samperit

Samperit, memang satu kukis wajib dalam family ibu. Samperit x le buat awai2 sebab sementara nk raya, dah boliau....

Resepi ni ibu dapat drp maktok. Setakat la, ibu x nah la jumpak lagi samperit resepi macam ni. Percaya dak? Cuba try tgk...heheheh

Bahan2nya :

250g butter
1 1/2 paket tepung kastard (450g)
2 tbsp tepung jagung
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
Ceri untuk hiasan (ptg kecil2)

Cara2nya :
  1. Pukul butter dengan gula sampai sebati (jangan sampai kembang).
  2. Masukkan telur dan pukul lagi, juga jangan sampai kembang. (kalo kembang nanti biskut x rangup).
  3. Tambahkan esen vanilla dan tepung kastard+tepung jagung.
  4. Gaul rata sampai boleh jadi doh.
  5. Kalau doh lembik, tambah sikit tepung jagung.
  6. Buat doh kecil2, agak2 boleh masuk acuan bunga untuk bentukkan bunga samperit.
  7. Tekan bunga samperit atas dulang pembakar (jarak2kan sikit untuk kukis mengembang).
  8. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit ataupun sehingga masak.
Samperit kalernya mmg akan kuning sebab byk pakai kastard. Tastenya jugak akan jadi agak rangup sbb kurang tepung jagung. Selama take over buat kukis raya ni (7 thn la jugak), ni salah satu kukis wajib untuk kami.

Thursday, October 1, 2009

Marble Cheese Cake

Kek ni pun aku buat untuk bawak ke umah long raya ke-6 hr tu. Tp cam biasala...bila namanya cheese cake...mmg x dan nk kepong. Sat ja clear.

Dari dulu lagi aku mmg minat bab buat2 kek ni. Tp bila beranak kecik ni...terbantut sat...ada la gak dlm setahun. La ni semangat balik...lagipun dah ada oven sendiri...kan. Dulu aku belasah oven mak, siap buat reta sendiri lagi...hehehehe.

Resepi ni aku selongkaq dapor kak ummi yang bersawang sebab x abih raya lagi. Dan rindu dah ni nk tgk resepi2 baru kak Ummi. Resepi asal dr kak RinnChan. Saya CP ja ya, kak.

Bahan-bahan

- Bahan A

180 gm mentega
20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
170 gm gula kastor
3 biji telor

Cara Membuat:-
Griskan loyang 8 cm dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.

- Bahan B

250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-

Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:

Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.

KEK SUJI KISMIS

Kek ni aku buat sempena mkn2 di rumah long raya ke-6 hr tu, sempena majlis akad nikah ank long, Ajon dengan Linda. Selamat Pengantin Baru.

Resepi selongkaq dr dapur Kak RinnChan.

Pic x dan nk snap cantik, berebut dgn masa...hehehe...even ank dah sethn lebey, aku masih try to adjust dgn time. I need to learn more.

Bahan2:
250gm majerin/planta
250gm gula caster
150ml susu segar
100gm tepung suji/semolina
50gm kismis hitam
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
200gm telur (6 biji telur gred C)
*Added 1 teaspn vanilla essence

Cara2:
1. Rendam tepung suji dan kismis dalam susu selama 1 jam.
2. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu, sambil terus diputar.
4. Masukkan rendaman tepung suji, tepung gandum & baking powder yg telah diayak.
5. Bakar pada suhu 160 darj cel atau hingga masak selama 1 jam.

* Very much like a butter cake but moist although a bit crumbly in texture. Should taste perfect if iced.

Google+ Followers

Followers