Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Saturday, September 26, 2009

Kek Marble

Cantik dak belang2 kek marble ni. Kek ni buat 2 bijik, 1 umah mak dan 1 lagi umah MIL... maklumlah... anak menantu solehah...heheheh...

Resepi ni x ingat cilok mana...sebab tiap2 tahun buat.

Bahan2nya :

270 g butter
250 g gula kastor
*260 g tepung gandum
*1 tsp baking powder
6 biji telur
2 tbsp susu pekat manis
1 tbsp ovalette
1 tbsp air
1 tsp esen vanilla
10 g serbuk koko
1 tsp chocolate paste
sikit pewarna merah

Ayak bahan2 *

Cara2nya :
  1. Pukul butter, susu, esen vanilla sampai gebu.
  2. Dalam bekas lain, pukul telur, ovalette, air, gula dan tepung sampai kembang.
  3. Masukkan adunan butter tadi ke dlm adunan telur, kacau rata.
  4. Keluarkan 1/3 adunan dan campur dengan serbuk koko dan chocolate paste. Kacau sebati.
  5. Keluarkan 1/3 adunan lagi, kacau dengan serbuk pewarna merah. Kacau sebati.
  6. 1/3 adunan lagi biarkan dengan warna asal.
  7. Griskan loyang dengan mentega dan bedakkan dengan tepung gandum rata2 untuk elakkan kek melekat.
  8. Tuang 1 senduk tepung warna coklat, 1 senduk tepung warna merah dan 1 senduk tepung kuning. Ulang sampai habis semua tepung.
  9. Sebelum bakar, hempas2kan sikit loyang ke lantai untuk bagi kek padat.
  10. Bakar dengan suhu 180C selama sejam atau hingga masak.

I really like this cake....for me its a nice cake...try it...

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers