Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Saturday, September 26, 2009

Kek Marble

Cantik dak belang2 kek marble ni. Kek ni buat 2 bijik, 1 umah mak dan 1 lagi umah MIL... maklumlah... anak menantu solehah...heheheh...

Resepi ni x ingat cilok mana...sebab tiap2 tahun buat.

Bahan2nya :

270 g butter
250 g gula kastor
*260 g tepung gandum
*1 tsp baking powder
6 biji telur
2 tbsp susu pekat manis
1 tbsp ovalette
1 tbsp air
1 tsp esen vanilla
10 g serbuk koko
1 tsp chocolate paste
sikit pewarna merah

Ayak bahan2 *

Cara2nya :
  1. Pukul butter, susu, esen vanilla sampai gebu.
  2. Dalam bekas lain, pukul telur, ovalette, air, gula dan tepung sampai kembang.
  3. Masukkan adunan butter tadi ke dlm adunan telur, kacau rata.
  4. Keluarkan 1/3 adunan dan campur dengan serbuk koko dan chocolate paste. Kacau sebati.
  5. Keluarkan 1/3 adunan lagi, kacau dengan serbuk pewarna merah. Kacau sebati.
  6. 1/3 adunan lagi biarkan dengan warna asal.
  7. Griskan loyang dengan mentega dan bedakkan dengan tepung gandum rata2 untuk elakkan kek melekat.
  8. Tuang 1 senduk tepung warna coklat, 1 senduk tepung warna merah dan 1 senduk tepung kuning. Ulang sampai habis semua tepung.
  9. Sebelum bakar, hempas2kan sikit loyang ke lantai untuk bagi kek padat.
  10. Bakar dengan suhu 180C selama sejam atau hingga masak.

I really like this cake....for me its a nice cake...try it...

Biskut Kacang

Biskut ni biskut feveret ayah. x sah kalo x dak biskut nih...actually biskut ni sama ja dgn biskut mazola...cuma x pakai myk mazola...pakai ja myk masak....hehehehe..

Tahun ni malas nk gentel jadik bulat, so main tekap guna acuan ja...rasa cam lagi cantik lak...kihkihkih... ^_^


Bahan2nya : (Buat setengah adunan ja)
1 kg tepung gandum
1 kg kacang tanah (goreng, buang kulit dan blend)
500g gula (blend halus)
Minyak masak secukupnya
Kuninga telur secukupnya
Cara2nya :
  1. Gaul tepung, gula dan kacang sampai sebati.
  2. Tuang minyak sikit demi sikit dan uli sampai jadi doh, lembut.
  3. Bentukkan doh dan susun dalam loyang yg dah disapu dengan mentega.
  4. Sapukan kuning telur dan bakar dalam oven sampai masak, 180C selama 10-20min atau kekuningan.

Tuesday, September 15, 2009

Tart Kurma Gulung

Ini la kukis pertama yang aku buat. Akhirnya siap jugak kukis aku. Aku amik resepi kukis ni dr kotak corn flakes...hehehehe...

Asalnya biskut gulung kurma, tapi aku pakai acuan tart gulung...jadilah tart kurma gulung.

Resepinya lupa la pulak nk salin...nanti la update lain.

Tapi yang paling best...si awang kecik yg x berapa suka makan kurma, suka sgt2 makan kukis ni. Best sgt2...hehehehe




Bahan2nya :
200g tepung gandum*
50g tepung jagung*
100g cornflakes (blend halus)
200g butter
1 tbsp esen vanilla
1 biji telur
30 biji kurma tanpa biji (belah 2 - tapi aku belah 4....hehehehe)
1 biji kuning telur untuk sadur
Ayak bahan2 bertanda * - Kumpulan A.
Cara2nya :
  1. Campurkan bahan2 A dengan cornflakes dan gaul sebati, ketepikan.
  2. Putar mentega, gula, esen vanilla sampai kembang (krim), kemudian tambahkan telur dan pukul lagi sampai sebati.
  3. Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati, akan jadi doh yang lembut. Canai doh, 1cm tebal dan potong 4 segi kepada saiz 3cm x 1.5cm. Letak kurma atas doh dan gulung.
  4. Susun doh di atas dulang pembakar yang telah disapu sikit mentega, jarak2kan sikit untuk biskut mengembang dan sadurkan atasnya dengan kuning telur.
  5. Bakar dalam oven bersuhu 180C (15-20 min) atau hingga kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan biar selama 20 minit.
Macam aku cakap kat atas, aku just pakai acuan tart gulung...so skip la cara no 3 tu....hehehehe

Triffle

Triffle ni aku buat as desert utk berbuka sabtu lepas. Mulanya igtkan x laku, sbb waktu buat tu kastardnya nampak mcm terkeras skit. Terus mood spoilt. huhuhuhuh...

Tp bila waktu makan, mmg org pulun dan suma org puji sedap...kembang kempis balik idung ni... heheheh

Resepi ni dah lama amik, x igt amik kat sapa dah. Kertas nya pun dah ala2 skrip zaman purba.



Bahan2 dan cara2nya :

Base

1 biji swiss roll kek - potong kecik2 dan atur dalam bekas yang jernih.

Lapis tengah

125g tepung kastard
250g gula
500ml air
125ml susu cair
1/2 sudu kecil garam

  • Bancuh sebati adunan dan masak atas api perlahan. Kacau selalu dan bila dah agak pekay, tutup api dan tuang ke atas lapisan kek tadi. Ratakan kastard.
Top

1 tin buah cocktail - buang airnya, amik buah sahaja dan tabur atas kastard tadi.
1 bungkus jelly nona rasa strawberry

  • Masak ikut arahan pada paket dan tuang atas kastard dan cocktail tadi.

Friday, September 11, 2009

Popia goreng kentang berdaging

Ini resepi belasah saja namanya. Asalnya nk buat samosa...tp tetiba ja malas nk buat segitiga tu... sudahnya jadila popia goreng...hehehehe...

Sib baikla hubby kata ok...last minute dah buat ni untuk berbuka.


Bahan2 :

Kulit popia secukupnya
2 biji telur
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
2 biji cabai hidup - ptg bulat2
100 gram daging cincang
1 batang karot -parut memanjang
2 biji kentang - didadu
garam
lada putih
lada hitam

Cara2nya :

  1. Lembutkan kulit popia dengan biarkan defrost pada suhu bilik tp jangan dedahkan kpd angin...nanti keras patah pulak kulit popia.

  2. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan cabai hidup.

  3. Masukkan kentang dan masak sehingga separuh empuk.

  4. K'dian, masukkan daging cincang dan masak sehingga air kering dan tambahkan garam secukupnya.

  5. Bila air dah kering, taburkan lada putih dan lada hitam (untuk bau, tapi kalo nk pedas boleh ja boh banyak2). Kacau rata.

  6. Tambahkan karot dan telur. Biar rata.

  7. Angkat dari api, balut dengan kulit popia (saya buat gemok2, dpt 14 ketul).

  8. Siap balut, boleh la goreng hingga kekuningan.

  9. Siap goreng, sedia untuk dihidang.

Google+ Followers

Followers