Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Friday, August 21, 2009

Roti Lapis Berdaging

Esok kita bakal mula berpuasa, memandangkan hari ni bakal jadi hari terakhir untuk bersarapan di opis, saya berkeputusan nk try resepi dr dapur kak Ummi ni (kalo bole nk ja pindahkan dapur kak Ummi ni ke rumah saya).

Lagipun resepi ni jugak buat bekal anak ke rumah pengasuh. Punyala excited si kecik ni bila tgk roti tgh bakar dlm oven...bau cheese mmg sentiasa mentyelerakan.

Mmg kenyang makan roti lapis ni...tersandar gak...
kak Ummi, CP je ek....


Bahan:- (6 - 8 orang)
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji karot di parut memanjang (saya tambah ni)
  • 500 gm daging cincang (saya guna 400g ja)
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar 1 sudu besar serbuk kari (saya ikut kak ummi letak 2 sudu besar)
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • 12 - 14 keping roti putih (1 buku roti gardenia pendek)
  • 500 ml susu segar (2 kotak kecil susu Dutch Lady Full cream)
  • 3 biji telor garam secukup rasa parutan cheese (saya guna mozarella, parmesan dan cheddar)
  • marjerin untuk melenser loyang

Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
  2. Masukkan daging cincang dan kentang.
  3. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
  4. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (saya guna bekas mini pai pakai buang sebab senang, x payah potong2, dapat dalam 10 biji mini pai).
  6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak. (saya buat selapis ja, jd mcm sandwich sebab bekas x must nk buat 3 lapis roti mcm ni, lain kali kena try dlm loyang la).
  7. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese. Bakar dengan api sederhana (saya ikut kak ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers