Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Tuesday, August 4, 2009

Makaroni goreng

Pagi2 Jumaat lepas, punya semangat nk pi kerja. Lepas solat..ada byk masa lagi...siap2 goreng makaroni. Tutp...tup....lepas packing suma untuk bekal dan nk siap pi kerja, lil' hero nangis....nangis dan nangis...kuat sgt....

Pegang2 ja badan...alamak...panasnya...so bila ibu dan pegang...si kecik ni mana mau duduk bawah lagi dah...nk suruh ibu dukung je la...

Hubby lak pi tgk org meninggal kat sedim, so sponge him with water dulu, bg sejuk....baru siap2 nk pi amik ubat then kalo ok nk pi keja. Elok nk start enjin keta ja hubby balik tanya nk pi keja ka nk pi klinik. Sudahnya, kami pi amik ubat anak dan terus balik sg layar...

So makaroni goreng ni daripada nk jadi rezeki kengkawan...terus jadi rezeki family IL. X pa...janji ada yg makan...drp membazir ja....

Resepi makaroni ni amik drp majalah SEDAP (bil.13)

Bahan2nya :

150 gram makaroni, rebus (saya pakai small shell setengah paket - 250g)
2 ulas bawang putih, cincang kasar
1/2 labu bawang besar, hiris pjg
50 gram daging sukiyaki, potong2 (tapi saya pakai ayam cincang 100g dan ayam betul sikit)
2 ketul sosej, hiris serong (saya potong dadu)
2 biji telur, pukul ringan
50 gram sayur kacang sepat (saya ganti dengan 1 biji capsicum dan 2 btg lobak)
50 gram taugeh
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan kicap manis
1 1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah (saya pakai lada hitam)
50 ml air
1 tangkai daun bwg, hiris serong (saya tambah 2 biji cili hidup)
1 sudu mkn myk utk menumis

Cara2nya

1. Tumis bwg putih dan bwg besar sehingga terbit aroma. Masukkan daging sukiyaki dan sosej. Kacau sehingga berubah warna. Ketepikan di tepi kuali.

2. Masukkan telur. Kacau sehingga berketul. Masukkan sayur kacang sepat dan taugeh. Kacau sehingga layu.

3. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata. Tuangkan air dan masak sehingga menyerap.

4. Masukkan makaroni. Masak sehingga matang. Masukkan daun bawang dan kacau raya.

Pesan SEDAP
Jangan merebus makaroni sehingga terlalu masak, kerana akan menyebabkan makaroni hancur ketika digoreng.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers