Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Saturday, August 29, 2009

Puding Laici Dangdut

Puding laici dangdut ni kidnap dr dapur kak Ummi lepas kak Ummi kidnap dr Kak Hanieliza. hehehehe...

Puding ni buat desert untuk berbuka posa kat umah mak hari ni. Sedap. Mulanya ingatkan dia akan lembik, tp rupanya bila dah sejuk ok. Si Lil' hero pun suka...sebab rasanya manis2 dan lembut.

Kak Ummi, saya CP je ek. Makasih ya....



Saya buat half ja dr adunan di bawah ni...

Bahan2nya :

10g agar2 serbuk / 1 paket agar2 biasa 28gram
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara2nya :
  1. Masak agar-agar hingga mendidih
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api (jika guna agar2 biasa, tapis dulu).
  3. Masukkan akir laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samaada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. (tapi saya letak laici dalam puding waktu puding half beku.)

Agar2 ni lembut ja, main ceduk dgn sudu ja...x yah potong2. x nyesal cuba...

Kacang buncis goreng telur

Ini menu tambahan untuk sahur kami pagi tadi, buat teman kepada sambal ikan yg dibeli untuk berbuka posa.

Nak masak yg pelik2 x berapa nk reti...yg simple2 je la.


Bahan2nya :
6 batang kacang buncis
1/2 batang karot
1/2 labu bwg besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili kering
6 ekor udang (dibuang kulitnya)
Garam
1 biji telur goreng - dihancurkan. (telur ni digoreng dulu bersama 1/2 batang karot yg diparut panjang2+1/2 labu bwg besar+sikit daging cincang)
Cara2nya :
  1. Tumis bawang besar dengan bwg putih sehingga kuning.
  2. Masukkan udang dan cili kering, dan biar sehingga agak masak.
  3. Masukkan karot dan kacau.
  4. Masukkan kacang buncis dan garam.
  5. Akhir sekali, masukkan telur goreng yg telah dihancurkan.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Friday, August 28, 2009

Sawi goreng basah

Bulan posa ni, ini je la yg baru dikatakan masak. Selama hari ni, kalo x sahur kat umah mak atau MIL...hubby beli lauk siap2...so x yah masak.

Sayur ni buat tambah kepada lauk yg hubby dah beli. Rasa cam kureng lak bila x nampak syur (padahal bukan suka syur sgt pon)...heheheh

A very simple menu...dan hanya utk hidangan 2 org makan (sekali makan ja).

Bahan2nya :

1 pokok sawi kecik (pak choy)
3 ulas bwg putih (hiris pjg2)
1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan 250ml air
1 sudu sos tiram
garam

Cara2nya :
  1. Sayur potong di pangkalnya saja, kekalkan bentuknya.
  2. Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan bancuhan air dengan tepung jagung.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau.
  4. Masukkan sayur dan kacau, tambah garam secukupnya.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Friday, August 21, 2009

Roti Lapis Berdaging

Esok kita bakal mula berpuasa, memandangkan hari ni bakal jadi hari terakhir untuk bersarapan di opis, saya berkeputusan nk try resepi dr dapur kak Ummi ni (kalo bole nk ja pindahkan dapur kak Ummi ni ke rumah saya).

Lagipun resepi ni jugak buat bekal anak ke rumah pengasuh. Punyala excited si kecik ni bila tgk roti tgh bakar dlm oven...bau cheese mmg sentiasa mentyelerakan.

Mmg kenyang makan roti lapis ni...tersandar gak...
kak Ummi, CP je ek....


Bahan:- (6 - 8 orang)
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji karot di parut memanjang (saya tambah ni)
  • 500 gm daging cincang (saya guna 400g ja)
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar 1 sudu besar serbuk kari (saya ikut kak ummi letak 2 sudu besar)
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • 12 - 14 keping roti putih (1 buku roti gardenia pendek)
  • 500 ml susu segar (2 kotak kecil susu Dutch Lady Full cream)
  • 3 biji telor garam secukup rasa parutan cheese (saya guna mozarella, parmesan dan cheddar)
  • marjerin untuk melenser loyang

Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
  2. Masukkan daging cincang dan kentang.
  3. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
  4. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (saya guna bekas mini pai pakai buang sebab senang, x payah potong2, dapat dalam 10 biji mini pai).
  6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak. (saya buat selapis ja, jd mcm sandwich sebab bekas x must nk buat 3 lapis roti mcm ni, lain kali kena try dlm loyang la).
  7. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese. Bakar dengan api sederhana (saya ikut kak ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.

Thursday, August 20, 2009

Brokoli Goreng

Bagaikan berjangkit dengan kak Ummi, saya pun dah ketagih dengan buku Chef Hanieliza. Kali ni, brokoli goreng mendapat pengiktirafan untuk sajian si lil' hero.

Bahan A

400g brokoli
100g bunga kobis (derhaka skit, x boh pun bunga kobis)
100g lobak merah
300g udang basah (dibuang kulit)
3 sudu besar air
2 sudu besar myk masak
garam secukup rasa

Bahan B (bg menumis)

3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 tangkai cili merah (derhaka lagi, boh 1 ja sbb takut si lil' hero pedas)

Cara2 :
  1. Sayur di potong kecil dan dicuci bersih. Kemudian toskan.
  2. Panaskan myk dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan lobak merah, garam dan air, kemudian kacau rata.
  4. Masukkan bunga kobis dan brokoli. Kacau rata dan tutup kuali.
  5. Apabila sayur mendidih, boleh dihidangkan.
Pesan Chef Hanieliza :
  • Kandungan kalsium brokoli lebih besar drp segelas susu. Brokoli juga mengandungi lebih byk serat drp sepotong roti gandum.

Ayam teriyaki dan ikan lengat goreng

Walopun demam, I still can tried new recipe from kak Rinnchan. Ayam teriyaki. Tp hubby x berapa layan sebab kureng sesuai dgn taste dia. Tp...at least...mkn jugak...hehehe...kalo x...musti dipaksa jamah jugak walopun sikit.

=P

Bahan2 dan caranya x la susah sgt...mudah ja...cuma kena perap sat...itu ja yg lama.
Sumber asal : Japanesefood.com

Bahan2nya :

5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :

1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

Sori ya kak Rinnchann...sy main CP ja...jgn mara aaaa

Ikan lengat goreng ni lak, memang feveret kami 2 org. Xyah susah2 masak pelik2, cuma perlu goreng dengan bawang dan cili kering ja...cukup...memang marvellous....hahahaha



Saturday, August 8, 2009

Kuih Bakar Bijan

Walaupun rupanya x secantik kuih bakar yang kak Ummi buat, saya tetap puas hati...sebabnya?
Sebabnya, ayah tanya order mana ni? Bila mak tanya awat? Ayah cakap sedap.

Ish...ish...ish...kembang kempis idung...hahahahha

Saya buat ni untuk makan2 semalam untuk hidangan orang kerja sempena kenduri hari ni, x ramai pon. Boy bawak balik kat makcik, hampeh toi...makcik x caya saya yg buat...ish...ish...

Kompom saya akan buat lagi...sebabnya? Sebabnya mudah sgt2 nk buat. Bhn2nya pulak x la susah sgt.

Thanks ya kak Ummi sbb jadi tempat rujuk saya. Saya CP ja ek...



Bahan2nya :

1 cawan gula
1 cawan jus pandan /air+pandan essence (saya letak air+1 sudu pandan essence)
2 cawan tepung
2 1/4 cawan santan (saya pakai santan segera ja)
2 sudu makan mentega
3 biji telor
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan secukupnya

Cara2nya :

  1. campurkan kesemua bahan dan blend sehingga sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak masak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning / garing (saya bakar dengan suhu 200 C selama 1 jam).

Aida pun buat jugak...MIL dia siap cakap bole meniaga lagi...x dinafikan...mmg superb...hehehehe
Menurut kak ummi resepi ni dari MYR ( Joayee ).

Tuesday, August 4, 2009

Makaroni goreng

Pagi2 Jumaat lepas, punya semangat nk pi kerja. Lepas solat..ada byk masa lagi...siap2 goreng makaroni. Tutp...tup....lepas packing suma untuk bekal dan nk siap pi kerja, lil' hero nangis....nangis dan nangis...kuat sgt....

Pegang2 ja badan...alamak...panasnya...so bila ibu dan pegang...si kecik ni mana mau duduk bawah lagi dah...nk suruh ibu dukung je la...

Hubby lak pi tgk org meninggal kat sedim, so sponge him with water dulu, bg sejuk....baru siap2 nk pi amik ubat then kalo ok nk pi keja. Elok nk start enjin keta ja hubby balik tanya nk pi keja ka nk pi klinik. Sudahnya, kami pi amik ubat anak dan terus balik sg layar...

So makaroni goreng ni daripada nk jadi rezeki kengkawan...terus jadi rezeki family IL. X pa...janji ada yg makan...drp membazir ja....

Resepi makaroni ni amik drp majalah SEDAP (bil.13)

Bahan2nya :

150 gram makaroni, rebus (saya pakai small shell setengah paket - 250g)
2 ulas bawang putih, cincang kasar
1/2 labu bawang besar, hiris pjg
50 gram daging sukiyaki, potong2 (tapi saya pakai ayam cincang 100g dan ayam betul sikit)
2 ketul sosej, hiris serong (saya potong dadu)
2 biji telur, pukul ringan
50 gram sayur kacang sepat (saya ganti dengan 1 biji capsicum dan 2 btg lobak)
50 gram taugeh
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan kicap manis
1 1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah (saya pakai lada hitam)
50 ml air
1 tangkai daun bwg, hiris serong (saya tambah 2 biji cili hidup)
1 sudu mkn myk utk menumis

Cara2nya

1. Tumis bwg putih dan bwg besar sehingga terbit aroma. Masukkan daging sukiyaki dan sosej. Kacau sehingga berubah warna. Ketepikan di tepi kuali.

2. Masukkan telur. Kacau sehingga berketul. Masukkan sayur kacang sepat dan taugeh. Kacau sehingga layu.

3. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata. Tuangkan air dan masak sehingga menyerap.

4. Masukkan makaroni. Masak sehingga matang. Masukkan daun bawang dan kacau raya.

Pesan SEDAP
Jangan merebus makaroni sehingga terlalu masak, kerana akan menyebabkan makaroni hancur ketika digoreng.

Google+ Followers

Followers