Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Wednesday, July 15, 2009

Spagetti dan Pasta

Sebenarnya spageti dan pasta ni saya buat masa celebrate birthday wani last July 5.

Baru hari ni sempat nk upload...ish...ish...

So bahan2 nya pun dalam kuantiti yg agak byk.

Spageti

Bahan2nya

2 paket spageti
1 labu bwg besar - dipotong dadu
3 biji tomato - dipotong dadu
4 tin sos tradisi Prego
4 keping daging ayam (daging burger) - di potong dadu
1/2 tin cendawan butang - dihiris
5 biji cendawan hitam (shitake) - direndam dengan air panas dan dihiris
2 tin air (tin sos)
Garam
Oregano

Cara2nya
  1. Didihkan air panas, tambahkan sikit minyak dan sikit garam. Kemudian masukkan spagetti. Rebus sehingga lembut.
  2. Toskan spagetti dan bilas dengan air sejuk untuk elakkan spageti melekat. Ketepikan
  3. Tumis bawang sehingga kekungingan.
  4. Masukkan daging burger dan goreng sehingga agak masak.
  5. Tambahkan sos dan air, biarkan sat.
  6. Masukkan cendawan2 (butang dan shitake) dan tomato.
  7. Masak sehingga mendidih.
  8. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula jika perlu.
  9. Taburkan sedikit oregano.
  10. Siap untuk hidang.
Pasta dengan sos krim (alfredo)
Bahan2nya

1 paket pasta (apa2 jenis pun ok - makaroni / screw / shell)
1 labu bwg besar - dipotong dadu
2 tin sos "Cheese and Herbs" Prego
4 keping daging ayam (daging burger) - di potong dadu
1/2 tin cendawan butang - dihiris
5 biji cendawan hitam (shitake) - direndam dengan air panas dan dihiris
2 tin air (tin sos)
Garam
Oregano

Cara2nya
  1. Didihkan air panas, tambahkan sikit minyak dan sikit garam. Kemudian masukkan pasta. Rebus sehingga lembut.
  2. Toskan pasta dan bilas dengan air sejuk untuk elakkan spageti melekat. Ketepikan.
  3. Tumis bawang sehingga kekungingan.
  4. Masukkan daging burger dan goreng sehingga agak masak.
  5. Tambahkan sos dan air, biarkan sat.
  6. Masukkan cendawan2 (butang dan shitake).
  7. Masak sehingga mendidih.
  8. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula jika perlu.
  9. Taburkan sedikit oregano.
  10. Siap untuk hidang.
Saya suka tambahkan dengan chicken poppers. Best...

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers