Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Wednesday, July 15, 2009

Baked Macaroni

Resepi makaroni ni amik daripada Jeri, tp sumber aslnya drp Mutiarazura (MyResipi).

Sedap sgt2, sbb tu mintak resepi. Actually it should be our dinner on Sunday but it happen to become breakfast on Monday...hahahahah



Bahan-bahan
  1. 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni - saya guna elbow)
  2. 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu - saya guna ayam)
  3. 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  4. 1 labu bawang besar – dicincang halus
  5. 1 tin sedang tomato puri
  6. 1 tin cendawan butang - dihiris
  7. 1 biji lada benggala - didadu
  8. 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
  9. 1 batang carrot – didadu
  10. 1 batang celery – didadu
  11. 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
  12. 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
  13. Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan - saya guna mozarela sebab untuk melekat dan parmesan untuk lebih perisa.
  14. 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  15. Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
  1. 2 sudu besar butter
  2. 1 sudu besar tepung gandum
  3. 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady "Fresh" je)
  4. Secubit lada hitam dan garam
Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar
  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (Pakai loyang kek pun boleh), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!
Thanks to Jeri jugak, sebab sudi kongsi resepi ni...

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers