Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Wednesday, July 29, 2009

Puff Tuna dan Puff Keju


Inilah sarapan kami sekeluarga pagi ni (selebihnya bwk ke opis) untuk jiran2 kat opis merasa sama. Puff tuna untuk myself and dear hubby and cheese puff untuk bekal anak.

X tau nk buat breakfast apa, ini yang mudah dan ini ja yg ada dlm stock (mmg x byk stok dlm fridge kat umah). Kami hanya beli brg utk masak sekali and max 2x. Sbb kalo beli byk2 takut x expired dalam fridge, kan ke dah membazir tu?

Apa2pun, pilihan saya mesti lah yang mudah dan cepat. Susah jugak nk berebut dengan sikecik tu.

Puff Tuna
Pandangan sisi


Cara2nya :

8 keping pastri puff (cap kawan)
4 keping chicken loaf
1 tin tuna
Sikit keju parmesan

Bahan2nya :

1. Lipat 2 (jadi bentuk 3 segi lepas di lipat) utk dptkan tengah, letakkan isi tuna. Tekan keliling pastri dengan garpu supaya x terbukak.

2. Taburkan sikit keju parmesan atas pastri dan susun dalam loyang baik2. Loyang di griskan sikit.

3. Bakar dalam oven selama 35 minit, suhu 200deg.

Puff Keju


Cara2nya :

3 keping pastri puff (cap kawan)
1 keping chicken loaf (potong 3)
3 keping keju cheddar

Bahan2nya :

1. Letakkan chick loaf dan keju atas pastri dan gulung. Ratakan hujung pastri supaya tak terbukak semasa bakar.

2. Susun dalam loyang baik2. Loyang di griskan sikit.

3. Bakar dalam oven selama 35 minit, suhu 200deg.

Monday, July 27, 2009

Kuih Kentang

Semalam anak x mo makan. Tekak dia sakit lagi la tu, batuk...mkn aiskrim sgt (ikut sapa ntah...heheheh).

Pk...punya pk teringat satu resepi tgk kat dapur kak ummi (home sweet home). Check, confirm suma bahan ada, terus start la operasi.

Kali ni saya mintak ijin CP ye kak...
Saya buat 2 adunan kat bawah...


Bahan2nya:-
  • 2 biji ubi kentang sederhana besar - rebus n kisar
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • sedikit pewarna kuning/hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Cara-Cara:-
  1. Dalam bekas, kacau telur n gula hingga gula larut.
  2. Masukkan tepung n santan. kacau rata, pastu tapis.(saya x pakai santan tp pakai susu Dutch Lady "Fresh")
  3. Masukkan dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan minyak sapi cair dan kacau sebati.
  5. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar, tuang adunan.
  6. Masak atas api kecil, tabur bijan jika suka. (saya x letak pun bijan/lenga ni)
Ikutkan resepi asal, masak atas api kecil, but saya bakar guna oven. Masuk dalam loyang dan bakar selama 35 minutes.

Rasanya, sweet ja. Anak belasah setengah drp gambar kat atas. Sib baik dia mau makan, sbb manis2 skit kot. Lagipun kentang, kenyang la skit si hero kecik tu.

Friday, July 17, 2009

Bingka Roti Berjagung

Bingka a.k.a bengkang ni kami buat bekal hubby jaga semalam. Semalam turn hubby jadi RT dengan kengkawan dia.

Pastu, pagi ni jadik bekal kami dengan anak la pulak. Selongkaq punya selongkaq nk buat bekai apa, jumpak resepi ni kat dapur Kak Rinnchan.

Thanks to her sbb sudi share resepi ni dlm fotopages. Kak Rinnchan, mintak izin copy paste je na.


Bahan2 :

3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter susu segar (atau 1 liter santan)
200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:

1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek. ( Guna loyang biasa pun boleh)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.

Wednesday, July 15, 2009

Baked Macaroni

Resepi makaroni ni amik daripada Jeri, tp sumber aslnya drp Mutiarazura (MyResipi).

Sedap sgt2, sbb tu mintak resepi. Actually it should be our dinner on Sunday but it happen to become breakfast on Monday...hahahahah



Bahan-bahan
  1. 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni - saya guna elbow)
  2. 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu - saya guna ayam)
  3. 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  4. 1 labu bawang besar – dicincang halus
  5. 1 tin sedang tomato puri
  6. 1 tin cendawan butang - dihiris
  7. 1 biji lada benggala - didadu
  8. 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
  9. 1 batang carrot – didadu
  10. 1 batang celery – didadu
  11. 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
  12. 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
  13. Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan - saya guna mozarela sebab untuk melekat dan parmesan untuk lebih perisa.
  14. 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  15. Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
  1. 2 sudu besar butter
  2. 1 sudu besar tepung gandum
  3. 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady "Fresh" je)
  4. Secubit lada hitam dan garam
Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar
  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (Pakai loyang kek pun boleh), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!
Thanks to Jeri jugak, sebab sudi kongsi resepi ni...

Popia II

A very simple popia untuk dinner last weekend. Memandang hubby x mo yg berat2 sbb takut badan naik, i prepared something really simple. X heavy sgt nih?



Popia yang belum digoreng (dah tinggai setengah)
Sempat snap 2 biji ni ja yg belum kena ngap
Bahan2nya

Sebungkus kulit popia
5 biji telur (goreng secara dadar dan hancurkan)
*1 biji sengkuang - diparut memanjang
*1 biji karot - diparut memanjang
* 100g taugeh
--> semua bahan bertanda * dicelur

Cara2nya
  1. Satukan semua bahan di atas sekeping kulit dan gulung.
  2. Pansakan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  3. Angkat, toskan dan hidangkan.

So simple dan not taking your time...

Average kuantiti yg boleh dpt bergantung kpd berapa byk inti dlm 1 kulit popia tp averagenya more than 30pcs.

Have fun...





Spagetti dan Pasta

Sebenarnya spageti dan pasta ni saya buat masa celebrate birthday wani last July 5.

Baru hari ni sempat nk upload...ish...ish...

So bahan2 nya pun dalam kuantiti yg agak byk.

Spageti

Bahan2nya

2 paket spageti
1 labu bwg besar - dipotong dadu
3 biji tomato - dipotong dadu
4 tin sos tradisi Prego
4 keping daging ayam (daging burger) - di potong dadu
1/2 tin cendawan butang - dihiris
5 biji cendawan hitam (shitake) - direndam dengan air panas dan dihiris
2 tin air (tin sos)
Garam
Oregano

Cara2nya
  1. Didihkan air panas, tambahkan sikit minyak dan sikit garam. Kemudian masukkan spagetti. Rebus sehingga lembut.
  2. Toskan spagetti dan bilas dengan air sejuk untuk elakkan spageti melekat. Ketepikan
  3. Tumis bawang sehingga kekungingan.
  4. Masukkan daging burger dan goreng sehingga agak masak.
  5. Tambahkan sos dan air, biarkan sat.
  6. Masukkan cendawan2 (butang dan shitake) dan tomato.
  7. Masak sehingga mendidih.
  8. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula jika perlu.
  9. Taburkan sedikit oregano.
  10. Siap untuk hidang.
Pasta dengan sos krim (alfredo)
Bahan2nya

1 paket pasta (apa2 jenis pun ok - makaroni / screw / shell)
1 labu bwg besar - dipotong dadu
2 tin sos "Cheese and Herbs" Prego
4 keping daging ayam (daging burger) - di potong dadu
1/2 tin cendawan butang - dihiris
5 biji cendawan hitam (shitake) - direndam dengan air panas dan dihiris
2 tin air (tin sos)
Garam
Oregano

Cara2nya
  1. Didihkan air panas, tambahkan sikit minyak dan sikit garam. Kemudian masukkan pasta. Rebus sehingga lembut.
  2. Toskan pasta dan bilas dengan air sejuk untuk elakkan spageti melekat. Ketepikan.
  3. Tumis bawang sehingga kekungingan.
  4. Masukkan daging burger dan goreng sehingga agak masak.
  5. Tambahkan sos dan air, biarkan sat.
  6. Masukkan cendawan2 (butang dan shitake).
  7. Masak sehingga mendidih.
  8. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula jika perlu.
  9. Taburkan sedikit oregano.
  10. Siap untuk hidang.
Saya suka tambahkan dengan chicken poppers. Best...

Wednesday, July 8, 2009

Puff sosej berkeju

Lama x update blog ni....sibuk sgt2.

Ini resepi dinner kami khamis yg lepas. A very simple dinner...sib baik la hubby jenis x kisah...
hehehehe

Bahan2nya :

6 batang sosej koktel (kecik)
3 keping puff pastri (potong 2)
3 keping keju (cheddar- juga potong 2)
6 btg lidi pendek

Cara2nya :
  1. Ambil sekeping puff pastri, sekeping keju dan 1 sosej.
  2. Puff dibwh sekali, letakkan cheese atas puff dan sosej di atas cheese.
  3. Glungkan puff, so cheese dan sosej akan berada di dalam gulungan.
  4. Kemaskan gulungan dengan cucuk lidi pendek tadi.
  5. Panaskan oven dalam 5 minit.
  6. Bakar puff dengan suhu 200deg selama 20-30 minit atau sehingga kuning.

Try it, it is really a simple menu but I like it.

Sebenarnya, ini acara try oven baru...hahahahah...


Cantik dak oven baru? 42 liter lagi...cukup besar untuk myself berinspirasi (konon2nya la)

Google+ Followers

Followers