Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Monday, June 29, 2009

Kacang buncis goreng dengan tauhu telur, Sambal ikan mambu

Inilah lunch kami hari Sabtu hari tu. Ini je lah yg terdaya nk dimasak, tu pun kira sempat sebab si hero kecik mau lena. Kalo dak...haraaap.

Kacang buncis goreng dengan tauhu telur

Bahan2

1 labu bawang besar
2 ulas bwg putih
1 biji cili merah
10 btg/bijik kacang buncis (ptg serong2, 2 inci)
8 ekor udang basah (sederhana besar)
1 biji tauhu telur (ptg bulat2 - 1 inci )
kunyit
garam
asam jawa

Cara2

1. Goreng tauhu telur sampai nampak kuning2.Toskan dan asingkan.
2. Tumis bwg merah dan putih sampai kuning.
3. Masukkan udang dan sikit air asam jawa.
4. Masukkan kacang buncis dan cili merah.
5. Tambahkan sikit serbuk kunyit dan seimbangkan rasa garam.
6. Masukkan tauhu telur dan gaul rata (jgn lebih2 nanti tauhu hancur).
7. Siap untuk dihidangkan.

Sambal ikan mambu a.k.a ikan kayu.

Gambar untuk sambal x sempat nk snap btoi2 sbb hubby dah lapaq...hahahaha...



Bahan2

*1 labu bwg besar yg kecil - hiris halus
*2 ulas bwg putih
--> atau boleh ja nk kisar/tumbuk bhn yg bertanda*
2 sudu cili kisar
3 potong ikan (lumur garam dan kunyit)
1 labu bwg besar (potong bulat2)
garam
gula
air asam jawa

Cara2

1. Goreng ikan separuh masak, ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan bwg putih sehingga kuning / wangi.
3. Masukkan cili kisar dan biar sehingga masak (kacau sikit2).
4. Bila cili dah masak, masukkan gula secukupnya dan tambah sikit air untuk kuah.
5. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi bersama dengan sikit air asam jawa.
6. Seimbangkan rasa kuah dengan garam.
7. bila dah masak, masukkan bawang besar yg dipotong bulat2 tadi.
8. Gaul rata, sedia untuk di hidangkan.

:)

Friday, June 5, 2009

Popia goreng


Ini sarapan kami pagi ni. Simple ja, mana reti nk masak yg susah2.

Pic lupa nk snap awai2, makan dekat nk abih dah baru tringat pic x snap lagi...buat bahan bukti.
Hehehehehe...

Lets try it.

Bahan2nya :

4 ulas bwg putih - dicincang
2 biji karot - di sagat memanjang
1 biji sengkuang - di sagat memanjang
2 biji telur
1 potong ayam - digoreng dahulu / atau boleh ganti dengan secawan ayam kisar
Garam
Kulit popia secukupnya

Cara2nya :

1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan goreng sampai agak sebati dengan bawang putih.
3. Masukkan karot, gaul rata.
4. Masukkan sengkuang, juga digaul rata.
5. Perasakan dengan garam.
6. Buat kolam di tengah campuran tadi dalam kuali, pecahkan telur.
7. Bila telur dah setengah masak, hancurkan dan kacau/biar mesra dengan campuran lain.
8. Bila telur dah masak, tutup api dan boleh mulakan xtvt balut membalut.

9. Nak balut, letakkan salah 1 bucu menghadap ke kita, sudukan sedikit inti (jgn terlalu byk, nanti x boleh gulung).
10. Gulung 2 kali, lipat kiri kanan bucu masuk ke dalam.
11. Teruskan menggulung sampai habis bucu.
12. Di bucu yang luar, sapukan air masak dan lekatkan ke badan popia.
13. Selesai balut (anggaran dlm 30-40 biji popia), boleh terus goreng dan makan.

Mudah ja kan.

Monday, June 1, 2009

Sambal telur goreng


Anak demam lagi minggu ni. Ni je la yang sempat di masak sepanjang 4 hari cuti.

Hanya resipi yang ringkas. Untuk makan berdua.

Bahan2:

2 biji telur
1 labu bawang besar - hiris bulat2
4 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
garam
gula
3 sudu besar cili kisar
air

Cara2:

  1. Goreng telur (mata kerbau), ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
  3. Masukkan cili kisar, dengan api kecil...biarkan sampai masak (kalo x nanti bau cabai).
  4. Bila ccabai dah masak, masukkan gula (saya guna 3 sudu besar) dan garam (1 sudu kecil).
  5. Tambah air, seimbangkan rasa antara pedas, manis dan masin.
  6. Bila dah ok, masukkan telur goreng tadi.
  7. last skali masukkan bawang besar. Gaul sikit, padamkan api.
  8. Hidangkan, boleh terus makan dengan nasi atau apa ja yang sesuai.

Mudah ja kan? Ini ja yang termampu...

Google+ Followers

Followers