Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Saturday, May 16, 2009

Cucur Jagung dengan Udang


Ini breakfast kami hari Khamis hari tu. Sebab terlalu sibuk, baru hari ni dan nk post.

Jagung ni my MIL yg bagi. Hasil kebun depa. Dari 5 jantung, tinggai 3 jantung ja yg elok lagi. Lagi 2 dah kecut. So hubby cakap, nak keringkan dan buat benih nanti.

Cucur ni simple ja, untuk new beginner like me...

Bahan2
3 biji Jagung (ambil isinya saja)
500g tepung gandum
300g udang basah
1 labu bawang besar
2 biji cili merah (dihiris nipis)
Sikit Kucai (optional)
Sikit Taugeh (optional)
Sikit daun bawang (optional)
1 cawan air panas
Air secukupnya
Kunyit
Garam

Cara2nya
1. Masukkan suma bahan-bahan kecuali air kedalam mangkuk besar.
2. Gaulkan sampai dah nampak cacamarba
3. Masukkan air panas, gaulkan lagi.
4. Masukkan air biasa secukupnya, sampai nampak bancuhan dah cukup untuk dijempu-jemputkan ke dalam kuali. Jangan terlalu pekat, nanti cucur jadi keras. Jangan gantikan air masak dengan air panas semua, nanti cucur jadi liat.
5. Adunan dah ok, panaskan kuali. Mulakan menggoreng sampai cucur jadi kekuningan.
6. Angkat, hidangkan.

p/s : Air panas melembutkan lagi cucur, nk gantikan air panas dengan air sejuk pun boleh. No harm.

Thursday, May 7, 2009

Samosa Telur + Daging burger






Ni sarapan untuk my beloved hubby pagi ni. Just a simple menu...really-really simple. Try it.

Bahan2:
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dipotong dadu
3 keping daging burger - dipotong dadu (I'm using chicken)
4 biji telur
1 biji karot - di sagat panjang2
Garam
Lada hitam

Cara-cara
1) Tumis bawang sehingga wangi.
2) Masukkan daging burger dan goreng hingga masak.
3) Sambil tu, pukul telur dalam bekas lain masukkan sama garam, lada hitam dan karot.
4) Lepas daging burger dah masak, masukkan telur.
5) Masak hingga telur berketul-ketul dan masak.
6) Balut telur dan daging burger dalam bentuk 3 segi.
7) Siap balut, goreng sampai warnanya kekuningan.
8) Angkat, toskan dan dah boleh dimakan.

Simple.

Google+ Followers

Followers