Pages

H2H Choc&Cakes menerima tempahan coklat, kek, kapkek, muffin dan pelbagai lagi untuk sebarang majlis.

Tempahan dibuka sekitar Sungai Petani, Kulim, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Bedong.

Berminat, sila hubungi kami di...

Phone : 0195676761
Email : h2hcnc@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Jika anda memerlukan kanopi untuk majlis anda, sila lawati http://tuankhemah.blogspot.com

Mohd Hidayad bin Abdullah - 0164696936 / 0195490123
Haji Mohd Rejab bin Haji Ahmad - 0134312611

Email : tuankhemah@gmail.com

Search This Blog

Wednesday, December 30, 2009

Kek Coklat Moist Upin dan Ipin

Kek Upin Ipin, kek yg sama mcm ibu pernah post dulu (kek resepi Acik Fendi MYR)...cuma + Upin Ipin ja.

Sebabnya? Anak ibu mengamuk nk kek Upin Ipin masa kat kedai. Bukannya susah nk buat kan? Gambaq dah siap....

Tp anak ibu mmg suka sgt dengan kek...ibu pun tumpang suka... ^_^




Donut Ha-Sue

Mmg rupa donut ibu ni agak hodoh sbb ibu x pandai lilit donut dekat sosej. Cadangnya nk buat donut bulat2 ja tp x jumpak lak acuan ibu...huhuhu...

Tp, yg pasti donut ni mmg sudap. Dah lama ibu simpan resepi donut ni....mula2 ibu jumpak kat MYR....ibu dah simpan...bila makin lama jumpak kat dapoq acik2 dlm tenet ni...makin kuat semakin ibu nk cuba...

Mmg marbeles...lain kali ibu nk try wat donut boh topping kalahkan BIG APPLE lak...heheheh...



Bahan2:

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara:

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung,x kuasa tggu lama2..hee
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
  3. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  4. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  5. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  6. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
  7. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  8. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  9. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Makaroni koboi

Makaroni goreng koboi? Napa koboi? Sebabnya ibu buat darurat untuk anak ibu yg dah teramat lapaq. Sekadar makaroni, karot dan ayam cincang. Sikit lada untuk perisa....hehehhe...mmg koboi kan?

Thursday, December 24, 2009

Ayam Masak Merah

Hari ni maktok dan wawan akan balik dr Indon. Ibu excited sgt nk tunggu depa balik. Mmg ibu duduk x senang bila maktok dengan wawan jalan2 jauh2 x bwk ibu...huhuhuhu...x syok la x le contact cam biasa...harap maktok dengan wawan kol ja...ibu x le kol...x dapat...huhuhu

Lepas bwk Acu amik result PMR, ibu balik umah maktok wawan. Br ja nk online, pakcik gaduh lapaq. So ibu suruh la dia selongkaq esbox maktok. Yg lain suma beku, ayam je la harapan kami.

Ibu nk masak apa lak? Sudahnya ibu dpt ide nk masak ayam masak merah resepi Chef Hanieliza. Mmg ibu ada beli buku Ayam ni. Tp dah dok umah maktok wawan mmg la x dak buku. Sib baik ada acik ummi. Apa lagi...kopipes je la...wakakakaka...

Pakcik cakap...sedaaaaaaaaaaap...


Bahan A:-

  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bwang besar (dipotong gelang)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk kunyit

Bahan B (dikisar):-

  • 15 tangkai cili kering
  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato

Cara Memasak:-

  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam.
  2. Gorengkan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.
  4. Masukkan ayam tadi, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Gaulkan ayam dengan bahan lada hingga rata.
  6. Hidangkan.

*Tips Chef Hanieliza - bagi mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang, simpan bawang yang hendak dikupas di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum digunakan. Bawang juga lebih mudah dan cepat dipotong selepas dikeluarkan dari peti sejuk.


Sayur kobis dengan karot ni mmg feveret ibu, sedap ni yg paling mudah...hehehe...

Tuesday, December 22, 2009

Muffin Kopi Coklat Cip dan Muffin Coklat Chip dengan Almond Flake

Ni 2 lagi muffin yg ibu buat untuk bekal maktok dgn wawan, resepi yg ibu cilok dr dapur Acik Hanieliza. Resepi yg sama, cuma 1 lagi muffin ibu tukar jenis susu ja...heheheh
Ibu rasa acik Hanieliza x marah ibu boh resepi kat sini, sbb dia suka share resepi dgn org kan...kan...kan...
MUFFIN KOPI COKLAT CIP
Bahan A
  • 350 g tepung gandum
  • 3 s/k baking powder
  • 1/2 s/k garam
  • 200 gm gula perang
Bahan B
  • 150 ml minyak jagung
  • 250 ml susu kopi..[akak gunakan dutch lady]
  • 1 s/k nescafe
  • 1 biji telur [dipukul sedikit]
  • 1 s/k esen vanilla
  • coklat cip secukupnya (ibu pakai 1 cawan)
  • kertas muffin
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 180'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

MUFFIN COKLAT CIP DENGAN BADAM
Bahan A
  • 350 g tepung gandum
  • 3 s/k baking powder
  • 1/2 s/k garam200 gm gula perang (ibu ganti dgn gula kastor)
Bahan B
  • 150 ml minyak jagung
  • 250 ml susu putih (ibu guna susu dutch lady Fresh)
  • 1 biji telur [dipukul sedikit]
  • 1 s/k esen vanilla
  • coklat cip secukupnya (ibu letak 1 cawan)
  • kertas muffin
  • Almond flake untuk tabur.
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 180'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Gebu kan nampak muffin ibu...anak suka sgtkan almond tu?

Sunday, December 20, 2009

Best Ever Muffin

Muffin pertama ibu bakaq untuk bekal maktok dan wawan ke Kota Tinggi, Indo mlm ni.

As ibu plan, ibu nk bakaq 3 jenis muffin. Alhamdulillah, tercapai jugak.

Muffin ni ibu jumpak dapoq Acik Hana jugak...heheheh...asyik mengopi dan mengepes la.

Tp, lesson yg ibu dpt...suhu oven jgn tinggi sangat...kalo dak coklat rice akan cair macam coklat rice ibu...x cantik. Sib baik rasanya maintain sedap. Yg penting...mudah...sgt mudah...mmg best ever la.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • ¼ cawan minyak sayuran
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (ibu gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit. Ibu tambah 1 cwn coklat cip dlm adunan.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin. Ibu tabur coklat rice as topping.
5. Pelbagaikan muffin anda:-
Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar.
Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang.
Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang.
Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

Coconut Muffin dan Choc Chips Muffin

Last week ibu buat muffin ni utk rewang kat umah TokTeh...sempena majlis resepsi MakNdak Khairiah dengan PakCik Apit dengan pasangan masing2.

Tapi depa sbnrnya awaiting for Kek Karot yg ibu buat hr tu tp x sempat makan.

Tp menurut MakNdak Khairiah, MIL dia ckp kek tu sgt sedap siap tanya lagi order mana? Meh order ngan ibu meh...RM50 ja...hahahah...secret recipe RM80 tau. Macam la ibu ada masa sgt, tp di masa depan...huallahualam...hehehe

Coconut muffin ni ibu jumpak kat dapoq Acik Hana nun jauh di bumi Nippon...hehehe...jauh ibu selongkaq dapor org kan? Tgh2 malam lak tu...

Walopun ibu x pernah kenai dia, ibu suka sgt jengok dapoq Acik Hana nie...heheheh dan ibu harap Acik Hana x marah ibukan sebab boh resipi ni kan sini.

COCONUT MUFFIN

Bahan-bahan
  • 1 cawan dessicated coconut (kelapa kering)
  • 1 camb gula perang (brown sugar)
  • 6 camb mentega cair
  • 1 cawan (110gm) tepung gandum
  • 1/3 cawan (75gm) gula pasir
  • 1 camt baking powder
  • 1/4 camt soda bikarbonat
  • 1/4 camt garam1 biji telur
  • 1/3 cawan santan
  • 4 camb susu segar
  • 1/2 camt parutan lemon
Cara-cara
  1. susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
  2. campurkan dessicated coconut, 3 camb mentega cair dan gula perang ke dalam mangkuk
    gaulkan sebati
  3. selepas itu ketepikan 3 camb untuk dibuat topping
  4. ayakkan tepung, baking power, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk yang telah masukkan gula.
  5. kemudian masukkan ke dalam adunan dessicated coconut tadi dan kacau rata
  6. di dalam mangkuk yang lain pukul telur, santan, 3 camb mentega cair, susu segar dan parutan lemon dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  7. setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan rata
  8. sudukan adunan ke dalam muffin pan yang telah disediakan
  9. taburkan dengan topping
  10. bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  11. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  12. hidangkan.
Choc Chips muffin lak ibu selongkaq dr dapor cikgu siber ibu, Acik Ummi nun jauh di Kuantan. Macam biasa la..hehehe. Tp yg pasti anak ibu sgt suka muffin ni, tambah2 ibu tabur almond flake lak.

CHOC CHIPS MUFFIN

Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips (ibu make it 1 cawan)
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Dah siap bungkus....


Friday, December 11, 2009

Skon Enak Berperisa

Khamis lepas ibu bangun sgt awai...koi 5 dah jaga dan rasa sangat segar. So ibu mmg x mau sambung tidoq lagi...sbb takut hanyut. Ibu dok pk...nk buat apa untuk sarapan...so surf kat dekat dapoq org pagi2 buta.

Last sekali, ibu decide untuk try skon ni a.k.a pancake berlauk bak kata Acik Ummi kat Kuantan nu.

Ibu bawak buat bekal pi kerja, kengkawan mmg balun abes la skon ni. Mudah ja...cuma ibu yg x terer masak skon ni...so ada la relai2 dan hangit2 sket...hehehe...

Insya-Allah ibu akan buat lagi lain kali.

Acik Ummi, ibu kopipes lagi ya...


Bahan A:-

  • 150 gm tepung naik sendiri
  • 25 gm bijirin nestum2 (ibu pakai 28g, nestum instant honey)
  • camca teh serbuk pati ayam maggi

Bahan B:-

  • 100 gm daging ayam yg dikisar
  • 25 gm lobak merah disagat halus ( ibu make it 30g sbb x dak kucai)
  • 25 gm kucai,dpotong sepanjang 1 cm (*ummi ganti daun sup)
  • 25gm cendawan butang dihiris (ni ibu tambah jadi 40g)
  • 1 labu kecil bawang besar diiris
  • 4 camca besar jagung manis berkrim
  • 1 cawan susu rendah lemak NESTLE (ibu pakai susu Dutch Lady Low Fat)
  • sos cili maggi (sos cili HPA)

Cara-Cara:-

  1. Gaul ramuan A dalam mangkuk hingga sebati.
  2. Masukkan ramuan B dalam susu NESTLE dan kacau perlahan-lahan. Gaul sehingga menjadi adunan pekat.
  3. Panaskan kuali tidak melekat dan masukkan 1 camca besar adunan tersebut (*lenserkan sedikit minyak dan Ummi letak 3 camca besar adunan).
  4. Masak atas api sederhana sehingga gelembung diatas permukaannya pecah.
  5. Terbalikkan dan masak bahagianyang sebelah lagi.
  6. Hidang panas dengan sos cili jika mahu. (recommended)
    Rupanya kureng cantik kan? Yg penting rasanya...heheheh

Saturday, December 5, 2009

Apam gula hangus

La ni...ibu syok dok kukus apam lak. Ibu jumpak resepi apam ni waktu ibu ronda2 kat dapor Acik Yani (tokei MYR tu).

Berkenan sgt ibu tgk apam yg gebus-gebus. Tergoda habes la. x tunggu lama dah...mlm tu jugak ibu kerjakan...hahahaha...tp 1 adunan dpt byk gak...

Ibu akan buat lagi lepas ni...sbb mudah dan anak pun suka. Paling syok...x yah pakai myk atau butter tp gulanya mcm byk. Tapi x la pulak rasa manis gila...hm...hm...


Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )
1 1/2 cwn (300g) gula pasir*
2 cwn (400ml) air
1 cwn (200g) gula pasir
4 biji telur - grade A
4 cwn (400g) tepung gandum
4 sk rata bicarbonate of soda
1 tin susu cair

Cara-cara :

  1. Goreng gula pasir* hingga hangus dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan gula larut dan sejukkan.
  2. Tepung dan b. soda di ayak.
  3. Telur dan gula di kisar dlm blender hingga gula hancur dan tuangkan kedlm sebuah mangkuk.
  4. Masukkan campuran tepung dan susu cair kedlm adunan telur dan gaul hingga rata.
  5. Tuang pula gula hangus dan gaul lagi hingga sebati. Tapis adunan utk mendapat adunan yg halus.
  6. Tuang adunan kedlm loyang yg telah digris dan dipanaskan dlm kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 45 min.Pastikan penutup kukusan dibalut dgn kain supaya air wap tidak masuk ke dlm kuih.
  7. Biarkan apam sejuk di dlm loyang. Potong apam dan sajikan dgn kelapa parut putih yg dikukus bersama sedikit garam.
  8. Jika menginginkan kuih apam yg tebal, gunakan loyang 10x10 inc. tapi masa kukusannyahendaklah ditambah sedikit.

APAM JAGUNG KUKUS

Asik buat muffin ja kebelangan ni, ibu tukaq buat apam lak. Ibu cilok resepi ni dari FP Acik Rinnchan.

x rugi ibu cuba, mudah dan sedap. yg penting boliau...hehehehe...


Gebukan?
APAM JAGUNG KUKUS
Bahan-bahan:
  • 120gm mentega
  • 70gm gula caster
  • 2 butir telur
  • 120ml susu segar atau susu cair
  • 100gm krim jagung
  • 225gm tepung naik sendiri
  • Kismis hitam utk hiasan

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dgn kelajuan tinggi.

2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.

3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau rata.

4. Masukkan susu segar di selang-seli dengan lebihan tepung. Kaup balikkan menggunakan spatula.

5. Sementara itu panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dgn kain supaya air dari bhg dalam tudung tidak menitis ke atas apam.

6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai, hiaskan dgn kismis hitam dan kukus selama 15minit.

7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

Qurban - Beef Steak

Qurban tahun ni, hanya along yg buat aqiqah untuk Syahmi. Selalunya buat makan nasi dengan daging rebus dan ayaq asam ja. Tapi bila dah ada chef in house, tetiba ja tringin nk makan steak ramai2 kat umah.

So raya ke2, ibu bawak pakcik pi tesco untuk belo bahan2 untuk marinade, coleslaw dan sos2.

Suma resepi ni, ibu boh untuk makan dalam 20 org tau

Anak pun x terkecuali nk sibuk2 tolong suma org sibuk


Chef monitor Pakcik Boy grilling. Anak second chef of the house

Main bakaq dlm umah ja...hahahah

Pakcik...mustard kurang kot tu

Sayur dah siap untuk coleslaw
COLESLAW
Bahan2 :
  • 6 biji bawang besar (slice)
  • 1 1/2 biji karot (slice - kalo ibu, ibu sagat ja kot)
  • 1/2 biji kobis (slice)
  • Mayonis
  • 1/3 biji Grass Lemon
  • Perisa secukupnya - Pakcik pakai serbuk pati ayam dan x sampai secubit garam.

Cara2 :

  1. Potong bawang, karot dan kobis nipis2 dan agak memanjang.
  2. Selepas potong, bilas sekali lagi dgn air lalu.
  3. Gaulkan mayonis secukupnya, perisakan dengan lemon dan perisa.
  4. Siap untuk di makan.

Coleslaw pakcik dpt pujian semua yg ada. Kembang semangkuk pakcik...hahahah

^_^

Tokcik dok kacau brown sauce.
BROWN SAUSE - SOS BLACK PEPPER dan SOS MUSHROOM
Bahan2nya :
  • 1 bungkus Ready Made Brown Sauce
  • 5 biji Bawang putih (cincang halus)
  • 7 biji bawang merah (cincang halus)
  • 2 tbsp oregano
  • 3 helai Bay leaves
  • Butter untuk menumis
  • 3 bungkus Black pepper (paket TESCO - blend kasar)
  • Chicken Stock - untuk taste
  • 2 tin button mushroom
  • 8 liter air

Cara2nya :

  1. Tumis bawg putih dan bawang merah sehingga naik bau
  2. Masukkan oregano dan bay leaves dan kacau lagi sehingga wangi
  3. Masukkan brown sauce dengan 5 liter air. Kacau sehingga pekat (dekat sejam jugak).
  4. Lepas pekat, masukkan 3 liter air dan kacau lagi sampai pekat
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. 1 bahagian masukkan black pepper dan kacau rata. Kemudian, seimbangkan rasa dengan chicken stock. Siap.
  7. 1 bahagian lagi, masukkan mushroom dan kacau rata. Kemudian, seimbangkan rasa dengan chicken stock. Siap...2 sos.
Inilah rupa beef steak kami
BEEF STEAK
Bahan2 :
  • 5 kilo daging
  • 1 botol Mild Mustard
  • 500ml olive oil
  • 1/2 botol oregano
  • 3/4 botol paprika
  • 1/2 botol rosemary'
  • 1 botol crush pepper corn (black pepper)
  • chicken stock secukupnya

Cara2 :

  1. Campur semua bahan, gaulkan.
  2. Rendam semua daging (rasanya daging yg kita pakai dlm 5 kilo kot). Setiap daging slice nipis untuk mudah masak. (Semua daging ketuk dengan penggiling kayu untuk lembutkan).
  3. Ratakan bahan ke daging dan bakar atas plet sampai masak.
  4. Hidangkan bersama coleslaw, kentang idaho dan pilihan sos.
  5. Siap.
Wawan test resepi pakcik....Passs

Operasi pembakaran dlm rumah yg berterusan

Sibuknya kat dapur

Tokcik amik alih

Second chef yg keletihan...terbongkang

x daya nk nolong...hehehehe

Chef of da house

Dua periuk sos...berlambak lebih...kata pakcik...simpan dlm freezer...6 bln pun tahan

Monday, November 23, 2009

Kek Karot versi MIL Nat

Hari sabtu lepas ibu buat kek karot untuk hari akad nikah MakNjang Khairiah. Saja la nk buat mkn2 lepas kenduri kan? Tapi x sangka la pulak...kek ibu yg comot tu jadi buah tangan untuk pihak pengantin lelaki...nampka gayanya... bukan rezeki pihak perempuan la nk rasa.

Ibu pun kempunan jugak nk tau apa rasanya...tu yg tambah kecut perut tu...

Ibu amik resepi ni dr Acik Nat. Resepi ni Acik Nat amik dr MIL dia. Heheheh...main pas pas la pulak kan?

Tapi dr resepi tu...ibu dpt rasakan mcm sedap ja...tetambah lagi...topping nya pakai krim cis...sbb tu la anak ibu bantai topping tu lepas ibu siap decorate kek (ye ke decorate???)...isk...isk...


See...see...ada percaya dak? Mandi pun belum...dah bantai krim cis ibu.
Kek yg bolem di letakkan topping

Isk...isk...sedap sgt ke anak?

Abes belemoih anak ibu

Sedap la inu...sedaaaaaaaaaaaaaaaaaappp

Colorful kan kek ibu?

Alamak kantoi...umah selerak...
Ibu taboq coklat cip sbb nk tutup comot2 yg ibu buat tu

Nk wat cemana...amatur...cenggini la

Dah masuk kotak....

Siap packing.
Nk resepi? Boleh... no problemo...
Bahan2nya :
  • 150g karot (parut)
  • 50g kismis kuning
  • 50g air nanas (pakai air nanas tin)
  • 150g nanas tin (ibu potong dadu)
  • 70g walnut (ibu panggang sikit)
  • 350g tepung gandum
  • 400g gula (ibu kurangkan jd 350g ja)
  • 6g baking powder
  • 10g soda bikarbonat
  • secubit garam
  • 240g telor (ibu pakai 4 bijik)
  • esen vanilla

Cara2nya :

  1. Camporkan semua bahan dan kacau rata.
  2. x payah susah2 pukul telor sambai kembang. Kacau rata saja semua bahan.
  3. Bakar dengan suhu 180 deg selama 45 minit.

Topping

Bahannya:

  • 125g cream cheese
  • 50g butter
  • 250g gula icing
  • 1/4 biji jus lemon
  • coklat cip utk tabur

Cara2nya:

  1. Pukul semua bahan kecuali coklat cip sampai kembang.
  2. Sapukan atas kek yg dah sejuk dan hias sesuka hati.








Google+ Followers

Followers